Menikmati minuman koko sama ada panas atau sejuk memang nikmat rasanya. Rasa lemak koko digemari bukan sahaja oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga. Pun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui kandungan khasiat yang boleh diperoleh daripada amalan menikmati minuman berasaskan koko ini.

Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik.

Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Manakala serbuk koko pula merupakan produk yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E.

Koko Minuman Berkhasiat & Banyak Manfaat. Tak Rugi Jadikan Amalan

 

Khasiat minuman koko

1. Antioksida

IKLAN

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperoleh daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan terpenting yang terdapat di dalam koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Koko Minuman Berkhasiat & Banyak Manfaat. Tak Rugi Jadikan Amalan

 

2. Berupaya kurangkan risiko penyakit kardiovaskular

IKLAN

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap daripada koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai minuman yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan serangan penyakit akibat penyakit koronari jantung.

3. Mampu meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polyphenols dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

4. Mampu melambatkan proses penuaan

IKLAN

Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangka masa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama lima hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida.

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenols sebagai antioksida dalam coklat.

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

Puding Tiramisu Mudah Dibuat, Kaya Berkrim

Nyaman Sungguh Petang-Petang Makan Milo Chocolate Mousse Ni

Cara- Cara Buat Muffin Coklat Chip Naik Merekah, Enaknya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI