Ramai orang menyukai tempe, makanan yang diperbuat dari kacang soya ini bukan hanya sedap malah ia sumber protein yang murah.  Menariknya tempe boleh dipelbagaikan cara memasak, sama ada dijadikan sambal ataupun di campur dengan bahan lain dalam masakan.  Penggemar tempe mesti menjadikan tempe sebagai menu wajib setiap minggu. Walaupun murah dan mudah didapat apa salahnya kita cuba buat sendiri.  Ini caranya ye:-

Cara Buat Tempe Sendiri, Terjamin Bersih & Jimat.

BERSIH DAN RENDAM KACANG SOYA

Kacang soya mesti dicuci bersih dahulu kemudian rendam selama 12-18 jam dengan air sejuk.Semasa proses merendam, korang boleh ramas-ramas kacang soya supaya tanggal kulit arinya, kemudian tukar air dan remdam lagi.  Pastikan seluruh kacang ditengelami air. Tujuannya supaya kacang soya kembang dan tidak perlu direbus lama.

Cara Buat Tempe Sendiri, Terjamin Bersih & Jimat.

REBUS KACANG SOYA

IKLAN

Buangkan sisa kulit ari yang tertinggal sepanjang proses merendam, kemudian cuci bersih. Apabila betul-betul bersih, rebus lebih kurang 30-45 minit atau hingga empuk bagi memastikan tempe nanti lembut. Perlu diingatkan gunakan air bersih dan bebas klorin, senangnya korang gunakan saja air tapis. Setelah masak, sejuk dan keringkan kacang soya rebus dalam penapis, tujuannya supayaa ragi yang digunakan untuk tujuan fermentasi lebih mudah digaul rata.

Cara Buat Tempe Sendiri, Terjamin Bersih & Jimat.

GAUL DENGAN RAGI

IKLAN

Apabila kacang soya sudah betul-betul kering dan sejuk,campurkan ragi dan gaul rata. Untuk satu kilogram kacang soya, korang boleh letakkan satu sudu makan ragi tempe.

BUNGKUS DAN FERMENTASIKAN

Selepas digaul rata, campuran kacang soya dengan ragi bolehlah dibungkus menggunakan daun pisang atau plastic. Jika menggunakan pastik, lubangkan sedikit supaya ada kitaran udara di dalam bungkusan. Proses fermentasi atau peram mengambil masa 24-48 jam pada suhu bilik.

IKLAN

Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas, jika  terlalu panas boleh sebabkan spora mati dan jika suhu sebaliknya boleh sebabkan kulat tidak akan tumbuh. Pastikan juga bungkusan tempe tidak bertindih kerana sepanjang proses fermentasi sudah menghasilkan udar panas. Oleh itu, korang perlu kerap tengok tempe bagi memastikan kitaran udara sentiasa dalam keadaan baik.

INGIN TAHAN LAMA, SIMPAN DALAM PETI SEJUK

Selepas 48 jam, tengok tempe korang, jika sudah padat dan ada bau tempe, maka tempe korang sudah menjadi dengan sempurna. Tempe tersebut boleh terus dimasak atau disimpan dalaam peti sejuk untuk tahan lebih lama.  Macam mana? Senang je kan buat tempe.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI