Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau korang sediakan untuk hidangan tetamu di hujung minggu ni atau bila anak-anak balik berkumpuil.

Cara Masak Nasi & Lauk Briani, Lebih Sedap & Jimat.

NASI BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
  • 2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
  • 4 biji buah tomato  | potong dadu
  • 100 gm daun pudina
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  •  200ml susu cair
  • 4 sudup rasa makan minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus
  • Beberapa titik pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  •  5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih  |hiris
  • 2cm halia  | hiris halus
  • 2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji  buah pelaga

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
  4. Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
  6. Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

Cara Masak Nasi & Lauk Briani, Lebih Sedap & Jimat.

KAMBING BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing   | potong  ikut cita rasa
  • 4 biji kentang | kupas dan belah empat
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 2 biji cili merah |  belah 2 tapi tak putus
  • 2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 1 cawan susu cair/segar
  • 1 biji lemon
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 sudu makan rempah briani
  • 2 sudu makan gula Melaka
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
    BAHAN KISAR 
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cmhalia
  • 1 biji tomato yang masak ranum
  • 3 biji cili hijau
    BAHAN TUMIS 
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
  2. Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
  4. Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
  5. Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
  6. Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
  7. Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
  8. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

 Cara Masak Nasi & Lauk Briani, Lebih Sedap & Jimat.

ACAR TUMIS:

 BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
  • 1batang lobak merah | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
  • 8ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 cm halia hiris memanjang
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh biji sawi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

 BAHAN-BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
  2. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
  4. Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
  5. Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.
  6. Gaul rata, angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI