Pening fikir apa menu nak bawak bekal berkelah hujung minggu ni? Jangan bimbang, ini beberapa menu ringkas, mudah, senang buat dan dibawa ke tempat berkelah.  Pastinya anak-anak tak sabar menunggu untuk berkelah bersama melihatkan senarai bekal dibawa berkelah  semuanya sedap menyelerakan.

Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

 SUSHI BITE

BAHAN-BAHAN:
NASI SUSHI:

  • 1½  cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam

BAHAN INTI:

  • 2 keping seaweed | dihiris halus
  • 1 bij cili merah | dihiris halus
  • 3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
  • 1/2  batang merah | dicincang halus
  • 4  batang isi ketam filament dihiris halus

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan
  2. Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
  3. Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
  4. Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

CONEY DOG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji roti sosej | belah tengah
  • 100gm daging cincang
  • 4 batang sosej ayam
  • 1 biji bawang holland | dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah|dicincang halus
  • 1ulas bawang putih | dicincang halus
  • 4sudu makan sos balognes
  • 1 sudu teh serbuk kari daging
  • 1 helai daun bay
  • Sedikit oregano
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
  2. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
  4. Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
  7. Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

IKLAN

SANDWICH AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm isi dada ayam
  • 5 sudu makan tepung ayam goreng
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4keping roti biasa atau whole meal
  • Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
  • Mayonis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
  2. Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
  3. Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
  7. Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
  8. Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.

 Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

KENTANG BAKAR BERISI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji ubi kentang |saiz besar
  • 200gm daging kisar
  • 1 ulas bawang merah | dicincang
  • 1 ulas   bawang putih |dicincang
  • 100gm keju mozarela | diparut
  • 2 sudu kecil mayones
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang | dihiris halus

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
  2. Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
  3. Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
  7. Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
  8. Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
  9. Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 12 biji sosej koktel
  • 6 keping roti putih
  • 200gm serbuk roti
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam

 CARA MEMASAK:

1.Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.

2.Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.

IKLAN

3.Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.

4.Goreng sehingga kuning keemasan.

5.Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.

Ini 6 Menu Ringkas & Sedap Sesuai Untuk Picnic

POPIA INTI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1biji bawang besar| dicincang halus
  • 2ulas bawang putih| dicincang halus
  • 200gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 100 gm kacang panjang | hiris halus
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus
  • 1 bungkus kulit popia
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul rata.
  3. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  6. Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayones.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI