Ramai menggemari muffin dan sangat sedap dan  sangat comel bila disediakan dalam acuan atau cawan kertas yang cantik dan pelbagai bentuk dan sesuai sebagai kudapan. Cukup dengan mengambil sebiji muffin bersama secawan kopi sarapan atau minum petang korang  menjadi sempurna.  Sebenarnya untuk menyediakan muffin juga sangat mudah. Ini ada lima tip perlu korang perhatikan semasa membuat muffin bagi mengelakkannya dari bantat atau tidak menjadi sempurna.

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

SUKAT BAHAN DENGAN BETUL

Salah satu punca muffin tak menjadi adalah sukatan bahan tidak sama dengan resipi. Oleh itu, korang perlu sukat bahan dengan betul ikut resipi.  Jika menggunakan ukuran cawan, sebaliknya korang gunakan pisau untuk meratakan permukaan cawan yang berisi bahan.

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

ASINGKAN BAHAN KERING DAN BASAH

Walaupun akhirnya semua bahan muffin akan dicampurkan, tapi sebelum mengadun korang perlu asingkan bahan kering dan basah dalam bekas berbeza. Mencampurkan semua bahan dari awal akan menyebabkan muffin bantat. Oleh itu, adaun bahan basah dahulu, kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan kering dan adun hingga sebati.

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

IKLAN

ELAKKAN MENCAMPUR BAHAN TERLALU LAMA

Memang betul anda perlu pastikan semua bahan adunan diadun sebati tetapi bukan bermakna korang boleh mengadunnya terlalu lama, kerana cara ini juga boleh mengundang muffin korang bantat. Sebenarnya, cara mengadun bahan muffin yang betul ialah, asalkan semua bahan bercampur rata saja sudah memadai untuk terus dibakar.

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

MASUKKAN BAHAN TAMBAHAN  LAIN SETELAH BAHAN DIADUN

Jika korang nak tambah  bahan lain seperti kekacang, choco chips, parutan keju atau kismis, pastikan korang masukkan selepas adunan muffin siap, Gaulkan sekejap asalkan bahan campuran rata dalam adunan sudah memadai dan adunan sedia dimasukkan dalam acuan.

IKLAN

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

SAPUKAN MENTEGA PADA ACUAN

Agar Muffin tidak melekat, sebaiknya korang sapukan acuannya dengan mentega. Jika menggunakan cup atau cawan kertas sebaiknya lapiskan cawan kertas itu menjadi dua untuk memastikan bentuk cawan kertas tidak kembang  dan muffin lebih cantik. Bila sudah masak, boleh tanggalkan lapisan luarnya itu.

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

IKLAN

MASUKKAN  ADUNAN 3/4 ACUAN SAJA  

Sebaiknya isikan adunan muffin dalam acuan pada paras 3/4  saja kerana muffin akan berkembang cantik dan merekah sempurna. Untuk memastikan setiap isian sama, korang boleh gunakan  sudu atau skop aiskrim semasa memasukkan adunan ke dalam aduan.  Jangan sesekali mengisi adunan sehingga penuh acuan, ia akan menadikan muffin keras dan bantat.

Ini Cara Buat Muffin Paling Senang & Tak Bantat, Tak Pro Pun Boleh Buat.

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 125 gm tepung gandum
  • 7 gm baking powder
  • 75 gm mentega yang telah dicairkan
  • 75 gm susu sega
  • 75 gm gula caster
  • 1 biji telur B
  • 1/2 sudu teh vanila
    Sedikit chocolate chips | tabur

CARA MEMASAK:

  1. Kacau sebati mentega yang dicairkan bersama susu, gula, telur dan vanilla.
  2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama baking powder.
  3. Kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
  4. Seterusnya masukkan chocolate chips di dalamnya dan gaul asal rata.
  5. Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
  6. Tabur chocolate chips di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI