Kalau ada banyak buah-buahan di dapur jangan risau tak termakan, sebab ini ada idea yang korang boleh manfaatkan buah-buahan tersebut menjadi Aiskrim Pops yang dah tentu anak-anak suka dan tak sabar tunggu aiskrim siap. Bila aiskrim menjadi siap dengan warna-warni dan pelbagai perisa buah-bauahan, mesti korang rasa macam tak percaya boleh buat aiskrim sendiri. Dah tentu-tentunya dijamin bersih dan jimat. Berikut RASA kongsikan tujuh resipi aiskrim pop yang boleh dicuba.

Buat Sendiri Aiskrim Pop Buah-buahan, Anak-Anak Gerenti Suka Ni.

WATERMELON LEMONADE POPS

BAHAN-BAHAN:

  • 1/3 gelas air
  • 1/3 gula
  • ½ cawan jus lemon segar
  • 3 cawan buah tembikai | potong dadu

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit untuk mencairkan gula.
  2. Kemudian masukkan buah tembikai dan jus lemon.
  3. Kisar hingga hancur dan sebati.
  4. Tapiskannya, kemudian tuangkan air jus yang telah ditapis ke dalam acuan aiskrim pop.
  5. Letakkan tangkai aiskrim, kemudian bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.

Buat Sendiri Aiskrim Pop Buah-buahan, Anak-Anak Gerenti Suka Ni.

CHOCO BANANA POPS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan krim
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 cawan pisang masak | kisar
  • 60gm coklat susu | potong dadu

CARA MEMBUAT:

  1. Dalam periuk kecil panaskan krim bersama gula atas api sederhana.
  2. Kacau hingga adunan panas dan berwap (tetapi tidak sampai mendidih).
  3. Tutup api dan tambahkan coklat dan biarkan 15 minit.
  4. Seterusnya campurkan pisang dalam adunan, gaul rata.
  5. Tuangkan adunan aiskrim dalam acuan aiskrim pop dan letakkan tangkainya sekali.
  6. Bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.

Buat Sendiri Aiskrim Pop Buah-buahan, Anak-Anak Gerenti Suka Ni.

STRAWBERRY BUTTERMILK POPS

BAHANA-BAHAN:

IKLAN
  • 1/4  cawan gula
  • 1/4 cawab gula
  • 1 cawan strawberi segar  | potong dadu
  • 1/2 cawan buttermilk

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan air dan gula dalam blender dan biarkan lima minit, untuk menghancurkan gula.
  2. Tambahkan strawberi dan buttermilk, kisar hingga halus.
  3. Kemudian tuangkan dalam acuan pop dan letakkan tangkai sekali.
  4. Bekukan semalaman di dalam freezer sebelum sedia dihidangkan.

Buat Sendiri Aiskrim Pop Buah-buahan, Anak-Anak Gerenti Suka Ni.

MANGO SPICE POPS

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji mangga, kupas dan cincang  (hasilnya 1 1/2 cawan)
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 2/3 cawan air limau nipis

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit, untuk melarutkan gula.
  2. Tambahkan mangga, air limau nipis serbuk cili ke dalam blender.
  3. Kisar hingga halus dan sebati.
  4. Tuangkan dalam acuan, dan letakkan tangkai dan bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.

Buat Sendiri Aiskrim Pop Buah-buahan, Anak-Anak Gerenti Suka Ni.

PINA COLADA POP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan nanas segar | dadu kecil
  • 1/4 cawan air limau nipis
  • 1cawan santan

 CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan nanas, santan dan air limau nipis dalam blender.
  2. Kisar hingga halus dan sebati.
  3. Tuangkan dalam acuan aiskrim dan letakkan tangkainya sekali.
  4. Bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI