Senang je nak rebus ayam? Hanya perlu cuci bersih  isi ayam kemudian masukkan dalam periuk bersama air kemudian rebus. Bila masak, tutup api dan angkatkannya.  Hakikatanya kalau tidak betul caranya, isi ayam yang direbus tak masak sekata dan empuk. Kalau nak tahu bagaimana caranya, follow tip ini.

5 Cara Rebus Ayam Cepat Empuk & Masak Sempurna.

Rebus Ayam Dalam Periuk Yang Sesuai.

Ini penting, sebelum merebus ayam pastikan saiz periuk digunakan bersesuaian dengan jumlah ayam yang akan direbus. Jika periuk terlalu kecil, ayam sukar dikacau atau dibalikkan. Hal ini menyebabkan isi ayam tidak masak sekata, kalau periuk terlalu besar pula korang memerlukan lebih banyak air mengambil masa lama untuk didihkan air.  Isi ayam berisiko hancur. Sebaiknya gunakan periuk sesuai dengan saiz ayam yang akan direbus.  Saiz periuk sesuai untuk merebus seekor ayam tanpa potong  adalah bersaiz 8 liter. Manakala untuk merebus ayam telah dipotong, periuk bersaiz 16-18cm sudah mencukupi.

Masukkan Air dan Ayam Sekali.

IKLAN

Untuk merebus, masukkan ayam dalam periuk dan tuangkan air sejuk biasa hingga meliputi paras ayam. Cara ini untuk memastikan ayam dan air boleh masak bersama. Kalau masukkan ayam dalam air yang telah dipanaskan, bimbang suhu tingg tersebut akan menyebabkan ayam masak sebelum direbus.

Masukkan Garam dan Bawang Putih

Sebelum merebus, korang boleh menambahkan garam dan beberapa ulas bawang putih ke dalam periuk berisi ayam. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam yang direbus.  Jika merebus ayam seekor tanpa dipotong. Korang boleh masukkan lebih kurang 2 sudu  makan garam dan 3 ulas bawang putih. Selain memberikan rasa dan aroma, ia membantu menanggalkan kotoran yang melekat pada ayama.

IKLAN

5 Cara Rebus Ayam Cepat Empuk & Masak Sempurna.

Tutup Periuk Semasa Merebus

IKLAN

Tutup periuk semasa merebus ayam, ia supaya ayam cepat masak dan aromanya tidak keluar. Selain itu pastikan korang menggunakan api sederhana supaya ayam cepat empuk dan masak sekata.

Waktu Merebus Berbeza Ikut Saiz dan Bahagian Ayam

Setiap potongan ayam mempunyai waktu merebus yang berbeza, apa lagi untuk ayam seekor. Untuk mendapatkan waktu merebus yang sesuai. Berikut bahagian ayam dan waktu merebusnya:-

  • Dada ayam tanpa tulang : 15-20 minit
  • Dada ayam dengan tulang :30 minit
  • Paha ayam : 30-40 minit
  • Ayam seekor : 1 jam

Isi ayam yang telah direbus ini boleh disiat-siat dan digunakan untuk campuran soto, sup, bubur atau ditambah dalam mi goreng  atau dijadikan campuran bahan penumis sayur. Airnya boleh disimpan untuk dijadikan stock ayam.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI