4 Cara Awet Cili Supaya Tahan Lama, Jimat & Mudah Simpan.

Cili,  bahan masak asas masakan yang wajib ada dalam dapur terutamanya orang Melayu. Sebab katanya, tak pedas tak ada selera makan. Sebab tulah bila cili murah atau nampak cili segar, mulalah tergoda dengan nafsu terbeli lebih. Jangan risau ia tidak membazir jika anda manfaatkan cili itu dengan empat cara ini supaya ia tahan lebih lama dan anda boleh gunakannya pada bila-bila masa perlu.

4 Cara Awet Cili Supaya Tahan Lama, Jimat & Mudah Simpan.

  Buat Cili Kering:

Caranya mudah je, anda hanya perlu jemur cili yang telah dicuci bersih (seperti dulang atau talam). Jemur beberapa hari sehingga cili kering.  Cili yang telah kering simpan di dalam botol atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.  Anda juga boleh gunakan ketuhar untuk mengeringkan cili ini, tetapi anda perlu belah atau potong cili terlebih dahulu, kerana cili akan meletup bila dipanaskan. Setelah kering, dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup atau kedap udara.

IKLAN

 

4 Cara Awet Cili Supaya Tahan Lama, Jimat & Mudah Simpan.

Jadikan Cili Kisar:

antara cara yang selalu dilakukan oleh kebanyakan suri rumah. Tetapi jangan lupa tambahkan sedikit minyak dan garam semasa kisar cili tersebut. Simpan cili kisar dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk, Untuk tahan lebih lama, anda boleh goreng dahulu cili sebelum dikisar dan disimpan.

IKLAN

4 Cara Awet Cili Supaya Tahan Lama, Jimat & Mudah Simpan.

Jeruk Cili:

Cara ini juga boleh anda manfaatkan, jadikan lebihan cili sebagai cili jeruk dan cara menyediakannya juga sangat senang. Anda hanya perlu buang tangkai dan cuci cili. Masukkan cili bersih dalam botol atau bekas kemudian campurkan dengan air panas, cuka, garam dan gula, Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum sedia digunakan, Sedap di makan dengan mi atau nasi goreng.

4 Cara Awet Cili Supaya Tahan Lama, Jimat & Mudah Simpan.

IKLAN

Bekukan Cili:

Buang tangkai cili kemudian cuci bersih dan simpan dalam bekas plastik. Kemudian pastikan tidak ada udara dalam plastik. Simpan plastik dalam freezer, biarkan beku. Dengan cara ini cili boleh tahan berbulan-bulan lamina.

Kalau anda manfaatkan empat tip ini pasti cili anda tidak akan busuk dan pembaziran dapat dielakkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI