Kalau korang penggemar masakan kampung, yang pedas-pedas dan berkuah, wajib cuba tiga menu yang RASA kongsikan ini. Ia bukan hanya sedap dan mudah disediakan, tetapi memang digemari ramai. Sesekali masak sedap, gerenti di puji Encik Suami dan anak-anak.

3 Menu Kampung Sangat Sedap & Senang, Gerenti Makan Bertambah.

GULAI  TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulanglembu  | direbus hingga empuk
  • 2 pucuk rebung | direbus lima minit
  • 1 tangkai daun kari
  • 150gm rempah kari
  • 3cm halia  | dikisar
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 1kg santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
  4. Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
  5. Masukkan santan dan hirisan rebung.
  6. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.

 3 Menu Kampung Sangat Sedap & Senang, Gerenti Makan Bertambah.

UDANG SAMBAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi |jika ingin pedas
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
  5. Angkat dan hidangkan.

3 Menu Kampung Sangat Sedap & Senang, Gerenti Makan Bertambah.

IKLAN

SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
  • 3  biji bawang besar |dihiris
  • 4 ulas bawang putih |dihiris
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
  2. Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
  3. Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
  7. Sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI