Anda sentiasa didatangi tamu, penat bekerja belum pun hilang anda dah bergegas ke dapur menyediakan hidangan makan malam untuk anda sekeluarga dan tetamu juga.  Jangan peningkan kepala, apa kata korang sediakan saja menu ala carte yang mudah tapi sedap dan tetamu anda juga menyukainya.  Contoh Mi Goreng dan Nasi Goreng, nak resipi, berikut RASA kongsikan resipinya untuk anda semua cuba sebagai hidangan keluarga sebagai permulaan.

 

Nasi & Mi Goreng, Menu Ala Carte Ringkas & Sedap.

MI AYAM ALA HONG KONG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm mi kuning  | cuci dan tos
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
  • 2 pokok  sawi Phat Choi | hiris memanjang
  • 4 biji cili padi | titik
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

PERAPAN AYAM:

  • 200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh tepung  jagung

BAHAN SOS:

  • 1 sudu makan air
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap

BAHAN SUP:

IKLAN
  • 1 mangkuk air rebusan ayam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 hirisan halia
  • 1 biji bawang putih | titik
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun bawang

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
  2. Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
  4. Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
  5. Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
  6. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
  7. Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
  8. Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
  9. Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis
  10. Kacau supaya sos sebati dengan mi.
  11. Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
  12. Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.

Nasi & Mi Goreng, Menu Ala Carte Ringkas & Sedap.

NASI GORENG IKAN BILIS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 100gm  sudu ikan bilis halus
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 biji cili padi | hiris halus
  • 1/2  batang lobak merah | dadu halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
  • Garam secukup rasa
  •  Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SAMPINGAN:

  • Keropok Nasi
  • Ikan bilis goreng
  • Telur dadar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
  6. Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI