Kerabu hidangan pembuka selera  dengan rasa  masa, pedas dan sedikit manis, Ia memang sedap, dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar-segar  hinggakan makan begitu sahaja juga sedap.  Jangan lepaskan peluang mencuba salah satu dari 10 resipi kerabu yang Rasa sharekan ini.

KERABU BETIK MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik muda  |  sagat dan celur
  • 2 biji cili merah  |  mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 2 batang serai muda  |  mayang halus
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kacang tanah panggang cincang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.

KERABU CAMPURAN KEKACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang kacang botol | hiris halus
  • 5 batang kacang buncis  | hiris halus
  • 5 batang kacang panjang | hiris halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
  • ½ biji limau nipis | perah airnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
  2. Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
  3. Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
  4. Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.

KERABU DAGING LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 3 helai daun limau purut |  hiris halus
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging direbus empuk dan hiris nipis.
  2. Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
  3. Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa.
  5. Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.

KERABU JANTUNG PISANG KERISIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 biji jantung pisang  | rebus empuk dan hiris
  • 2 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 sudu makan kerisik
  • ½ sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.

KERABU SOTONG SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | potong kecil dan celur
  • 1 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah |mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

KERABU SUHUN KACANG GAJUS

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm suhun | rendam dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
  • Bijan hitam panggang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

KERABU TAUGE  KASAR DAN SOTONG KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tauge kasar
  • 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam  dan  goreng
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang kacang panjang | hiris nipis
  • 2 biji cili merah |hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 1 sudu makan kelapa parut | panggang
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
  2. Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
  3. Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa.
  5. Tambah perahan limau kasturi dan gaul.  Sedia dihidangkan.

KERABU TAUHU UDANG KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tauhu
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 1 sudu makan kelapa panggang
  • ½ sudu makan air perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.
  2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  3. Gaul sebati kesemuanya.
  4. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

KERABU TOMATO BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 biji tomato merah | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
  2. Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
  3. Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
  4. Tambah garam, gula secukup rasa.
  5. Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.

KERABU UDANG SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang segar | kupas dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu makan perahan lemon
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan daun ketumbar secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Jika suka boleh tabur bawang goreng di atasnya.