Bawang putih sering jadi bahan utama dalam masakan. Tahukah anda bagaimana nak masak bawang putih yang rangup? Tak semua orang dapat buat bawang putih ni dengan sedap. Kadang-kadang terhangus. Kadang-kadang masaknya tidak sekata. Ada yang terlebih masak, ada yang masih lemau. Moga perkongsian oleh Arina Yahaya boleh kita sama-sama manfaat nanti.
Dah lebih 1000 pek terjual. Tip ini diguna pakai oleh nenek saya. Saya follow dan jadi sumber rezeki saya sekarang ni. Saya halalkan tip ini dikongsi agar kita semua mendapat kebaikan daripadanya.
1.Pilih bawang yang agak kering, agak kecil-kecil saiznya, elak guna bawang saiz besar, bawang saiz besar baru tuai dari ladang dan kandungan air sangat tinggi dan akan jejaskan kerangupan.
2. Teknik kawalan api dapur masa goreng kena pandai, jangan terlalu besar atau terlalu kecik
3. Guna kuali yang sepadan dengan jumlah gorengan bawang
4. Goreng menggunakan minyak yang baru. Baru la warna bawang putih kita akan cantik.
5. Pastikan api cukup panas sebelum kita masukkan bawang dan laras api kepada tahap sederhana semasa goreng.
6. Goreng sehingga kekuningan antara 10 minit hingga 13 minit.
Kredit : Arina Yahaya & FB Koleksi Resipi Sedap
IKLAN
Anda yang nak membeli Elektric Grill secara online, lihat di SINI
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Rasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan. Kebanyakan masakan mengandungi halia di dalamnya sebagai salah satu herba yang perlu ada untuk membuatkan masakan lebih enak. Halia juga diakui untuk membantu mengeluarkan angin dari dalam badan jika memakan atau minum jus halia. Apakah pula khasiat lain halia?
Halia disebut dalam ayat Al-Quran (Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’.
1. Halia mengekalkan peredaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Penyerapan nutrien dalam usus
Halia membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia kerana halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
3. Pencegahan demam dan selesema
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
4. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.
5. Mencegah barah usus
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.
6. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.
7. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
8. Menguatkan imuniti
Halia membantumeningkatkan sistem imun.Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
RESIPI NASI GORENG HALIA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
5 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2.5cm halia | racik halus
15 biji cili padi | kisar
50gm sayur campur
3 biji cendawan Shiitake | rendam dan hiris nipis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun ketumbar dan hirisan cili untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, cili padi dan bawang merah yang telah dikisar. Tumis hingga terbit bau dan agak garing.
Kemudian masukkan hirisan cendawan shiitake dan sayur campur. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan nasi dan kacau sekata. Biar seketika dan tutup api.
Angkat, hiaskan dengan sedikit hirisan cili merah dan daun ketumbar. Sedia dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh tambah cili padi jika hendak lebih pedas.
RESIPI DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
200gm daging lembu | cincang
5 tangkai kacang panjang | potong
1/2 biji bawang Bombay | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang kasar
2.5cm halia | cincang
1 sudu teh cili giling
1 sudu teh sos tiram
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang sudah dicincang kemudian disusuli dengan cili giling. Tumis lagi hingga naik minyak dan masukkan bawang Bombay, goreng hingga layu.
Masukkan pula daging cincang Gaul rata hingga terbit bau harum dan daging masak.
Masukkan kacang panjang tetapi jangan masak terlalu lama. Masukkan sos tiram, air dan garam jika perlu (sos tiram sudah ada rasa masin). Gaul rata lalu biarkan selama 2 minit. Setelah itu, tutup api dan siap utk dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa pun mati akal sebab tak tahu apa yang anak mahukan bila masuk waktu makan.. Ada yang jenis mudah masuk semua makanan dalam mulut tu baguslah anak tak memilih. Melihat gelagat anak-anak ni memang lucu, kadangkala mereka memilih makanan pun hanya kerana warna. Apa kata kali ni kita cuba kenalkan makanan berwarna ungu untuk anak anda.
Mengapa penting mengenalkan makanan berwarna ungu pada anak?
Penasihat nutrisi dari Cardiff Sports Nutrition, Matthew Plowman, mengatakan bahawa buah dan sayuran berwarna ungu seperti terung, ubi ungu, dan kubis ungu, blueberry, buah naga, beras hitam dan buah plum mengandung antosianin, sejenis antioksidan yang bermanfaat melawan penyakit, menunda penuaan, mengurangi peradangan dan melindungi kesihatan jantung. Banyak penelitian yang juga menunjukkan bahwa konsumsi buah dan sayuran berwarna ungu secara teratur dapat menurunkan risiko hipertensi dan kolesterol.
Selain itu, makanan berwarna ungu juga memiliki khasiat yang luar biasa seperti berikut:
Makanan berwarna ungu seperti kubis ungu atau terong sangat baik untuk mengatur pergerakan usus dan menghindari sembelit pada anak.
2. Anak anda mudah lupa atau sulit untuk fokus? Tiga hingga empat buah plum sehari akan memberikan antioksidan yang cukup untuk membantu meneutralkan sel-sel perosak radikal bebas yang mempengaruhi daya ingatan.
3. Salah satu jenis antioksidan pada buah berwarna ungu adalah asam chlorogenic. Menurut para peneliti dari Perancis, antioksidan dalam makanan berwarna ungu ini dapat mengurangi perilaku cemas dan mengurangi kadar anak untuk tantrum.
4. Buah dan sayur yang berwarna ungu memiliki kemampuan yang setara susu dalam hal meningkatkan substansi kepadatan mineral tulang pada bagian tulang belakang dan tulang pada lengan. Selain itu akan membantu pertumbuhan tulang pada anak anda lebih optimal.
Jom, start memberi anak sayuran dan buah berwarna ungu pula!
Ketika membersihkan ayam, kita sering menghadapi kesukaran untuk membuang lemak dan lendirnya sehingga bersih. Untuk memudahkan kerja anda, selepas membersihkan ayam dengan air bersih, keringkan sedikit menggunakan tisu atau kain. Kemudian lumur ayam dengan sedikit tepung gandum sehingga rata. Tarik lemak dan lendir yang melekat pada tepung hingga bersih. Kemudian bilaslah semula dengan air yang bersih dan lihat hasilnya. Cara ini bukan sahaja menanggalkan lemak tetapi juga membuang rasa hanyir ayam. Cubalah.