Sajian ikan temenung goreng masak asam. walaupun dimasak dengan cara yang cukup ringkas tapi rasanya cukup lazat.

Sesuai untuk orang yang hilang selera makan kerana kuah ikan masam, manis dan pedas boleh menambat selera makan. Ikan temenung goreng masak masam ni sungguh mudah dimasak.

Ikan Temenung Goreng Masak Asam, Sedapnya.

Ikan Temenung Goreng Masak Asam, Sedapnya.

Jom semak resipinya…

IKLAN

IKAN TERMENUNG GORENG MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 ekor ikan temenung (cuci, kelar dan goreng)

CARA MEMASAK:

  1. Jika suka goreng sehingga garing atau suku masak pun boleh, ikut selera.

Ikan Temenung Goreng Masak Asam, Sedapnya.

IKLAN

BAHAN TUMIS:

  • 4 biji cabai hidup dihiris nipis-nipis (banyak lagi sedap)
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 biji cabai melaka (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh serbuk perasa

Ikan Temenung Goreng Masak Asam, Sedapnya.

CARA MEMASAK:

  1. Tumis hingga layu semua bahan di atas.
  2. Masukkn ikan dan alih-alihkan ikan hingga bahan tumis mesra.
  3. Selepas itu masukkan air asam cair dlm 1/2 cawan.
  4. Masukkan air 1½cawan. Perasakan dengan garam, gula secubit, serbuk perasa. Biarkan reneh seketika.

KREDIT: Hani Myhanie Ali

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI