Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat pun senang ja.
Bahan-bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang merah (pilih ulas yang halus)
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis.
Cara memasak:
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam kemudian goreng.jangan garing sangat.
2.Ambik periuk letak sikit minyak, bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang merah dan putih
4.Masuk 1/2 cawan air.
5.Masuk cuka,garam, gula
6. Masukkan cili padi
7.Biar sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Resepi Orang Kampung
MENCARI PERIUK NASI BARU, BOLEH BELI DI SINI.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rupanya Cara Masak Sup Ikan Yang Sedap & Tidak Hanyir
Sup ikan merah memang sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan ketika waktu hujan. Memang layan. Aroma sup ikan sahaja sudah mampu membangkit selera. Satu masalah yang dihadapi adalah bau hanyir ikan. Itu yang selalu potong selera. Tapi jangan risau, cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Azleen Abdullah ini. Hilang rasa hanyir, pinggan pun licin. Selamat mencuba!
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang merah | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 inci halia | dihiris
- 1 biji bawang holland
- 1 sudu besar biji ketumbar | atau guna serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil lada hitam | atau guna serbuk lada hitam
- 2 helai daun salam
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 buntil pelaga
- Tomato
- Cili padi
- Daun sup
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh dan lumurkan ikan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir.
2. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan semua serbuk di atas dan letakkan air secukupnya.
4. Letakkan rempah tiga sekawan iaitu 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 1 buntil pelaga.
5. Masukkan ikan merah dan biar sehingga masak. Perasakan dengan garam. Nak letak kiub ayam pun boleh.
6. Akhir sekali, letak tomato, cili padi dan daun sup. Siap!
Kredit resipi & foto: Azleen Abdullah
Anda mencari KUALI NON STICK pada harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Ayam Panggang, Daging Dendeng, Sambal Ikan Masin. 3 Menu Pasti Puas Hati
RASA cadangkan tiga menu ini untuk anda masak sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam. Sedap betul. Rasa lengkap je hidangan tu sebab ada ayam panggang, daging dendeng dan sambal ikan masin.
Makan pulak dengan nasi panas-panas. Ayam panggang tu kalau nak ratah macam tu je pun boleh. Cubalah. Sedap sesangat ni.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!
Cuba 5 Jenis Kari Berasaskan Ikan, Sotong & Udang Ni, Memang Sedap.
Jom kita hidangkan sajian kari untuk hari ini. Lupakan daging dan ayam dan cuba pulak ikan, sotong dan udang. Ia lebih mudah disediakan dan cepat dimasak. Kalau nak cuba, berikut lima jenis kari yang Rasa kongsikan untuk anda.
KARI TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
- 500ml susu rendah lemak
- 150gm yogurt
- 1 paket rempah kari ikan
- 1 makan pes cili kering
- 1sudu makan pes asam jawa
- 1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
- 1 sudu makan halba campur
- 2 biji cili hijau | belah dua
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRIS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau rata.
- Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
- Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
- Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan.
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong | saiz XL
- 400ml susu rendah lemak
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 2 biji tomato | belah empat
- 1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 batang serai
- 1sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 biji buah keras
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
- Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
- Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
- Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato.
- Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
KARI IKAN PATIN BERYOGURT
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
- 250ml susu rendah lemak
- 150gm yogurt
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan halba campur
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 biji terung bulat | belah empat
- 2 biji cili hijau | belah dua
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan patin dan toskan.
- Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
- Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
- Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
- Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
- Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
KARI IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin sardin saiz besar
- 250 ml santan kotak
- Sedikit air | jika perlu
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- 1 sudu makan pes air asam
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
- 1 biji cili merah | dibelah dua
- 1 biji cili hijau | dibelah dua
- 1 biji tomato | dibelah empat
- 1 biji bawang besar | dibelah empat
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- 5 biji bawang merah | dihiris halus
- 3 ulas bawang putih | dihiris halus
- 4cm halia | dihiris halus memanjang
- 1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
- Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
- Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa.
- Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
KARI UDANG BERSAMA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang | saiz XL
- 400ml susu rendah lemak
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 2 biji tomato | belah empat
- 4 batang kacang panjang | dipotong 4cm
- 1 sudu teh pes asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 batang serai
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang kemudian tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
- Apabila kuah mereneh, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
- Selepas lima minit masukkan kacang panjang.
- Seketika kemudian angkat dan hidangkan.