Ini resipi paling mudah tapi memang sedap. Yang penting cara membuat air asam itu memang kaw kaw padu bila digandingkan dengan ikan rebus itu nanti.
UNTUK IKAN:
Ikan apa2 yg disukai lumur ngan sedikit garam kemudian kukus smp masak…
UNTUK AIR ASAM:
Asam jawa
Air masak
Bwg besar,tomato potong dadu
Cili api hiris kecik2
Garam
(Ada yg suka ltk belacan..blg jer.tp saya x ltk sbb nnti asyik pegang hidung jer😬😬😬)
Cpurkan semua bhn ni dlm mangkuk.gaul2.kuah jgn cair sgt..pekat2 sikit baru ummpppp….
Pastu ikan yg dah siap kukus td tu kita curahkan aje air asam ni ..siap….
Nasi nya hot2
Ada lak ulam timun
Ok….slmt mcuba
Kredit : Wann Rashidah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Mudah Guna Ikan Bilis. Merecik Sedap!
Orang kata, ikan bilis ni menu sementara menunggu gaji masuk. Kini tidak lagi. Ikan bilis pun mahal ye harganya. Jika dah bosan atau tak ada selera makan, ikan bilis ni boleh jadi lauk penyelamat. Dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm jering tua | hiris melintang
- 200gm ikan bilis | kopek
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 3-4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan.
2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili.
4.Kacau hingga pecah minyak.
5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi.
6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api.
9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 15-20 tangkai cili kering | dikisar
- 1 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
6.Masukkan pula hirisan bawang besar.
7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF:
1.Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
2.Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
- 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
- 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
- 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
- 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
- 10 biji cili padi | dikisar halus
- 1 sudu besar air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | dikopek
- 10 tangkai cili padi
- 1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
- 1 biji limau nipis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Cuci ikan bilis dan toskan.
2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis | dikopek
- 2 biji telur
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
Resipi Creamy Butter Tuscan Salmon Sedap Ala Restoran
Bagi peminat sajian berasaskan Salmon, boleh cuba masak sendiri menu Creamy Butter Tuscan Salmon perkongsian saudari Zalina Zainal ini. Mudah, sedap dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, hasilnya seakan menu yang dimasak di restoran mewah. Wow..Kalau beli ni, mahal harganya. Baiklah masak sendiri. Lebih jimat dan tentunya puas hati. Jom cuba!
CARA MASAK CREAMY BUTTER TUSCAN SALMON
BAHAN- BAHAN:
Kepingan Ikan Salmon
½ biji lemon
Serbuk lada hitam – beli online disini
Minyak zaitun untuk panggang ikan salmon – beli online disini
3 sudu makan mentega – beli online disini
6 ulas bawang putih – diracik – beli online disini
1 ulas bawang merah – diracik – beli online disini
1 kotak cooking cream / krim masakan – beli online disini
4 sudu makan keju parmesan – beli online disini
20 helai daun bayam
8 biji tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Tabur lada hitam secukupnya dan perah lemon ke atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit.
2. Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
3. Seterusny panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih serta bawang merah yang diracik hingga wangi.
4. Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan keju parmesan.
5. Kalau nak kuah lebih, tambah air secukupnya tetapi jangan banyak sangat, nanti cair pulak.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Bila sudah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yang telah siap dipanggang tadi.
8. Boleh hias dengan taburan daun rosemary atau parsley.
9. Creamy Butter Tuscan Salmon siap disediakan dan boleh dimakan bersama nasi putih panas.
Kredit resipi & foto: Zalina Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ikan Kembung Percik Kelantan Warisan Turun Temurun Ibunda.
Min tertarik dengan resipi yang dikongsi oleh Puan Afy AL Habibi. Menurut beliau resipi Ikan Percik ini adalah antara resipi kesayangan beliau dimana ia adalah resipi yang dipelajari terus dari ibunya bermula dari proses pemerapan ikan, penghasilan kuah hinggalah siap proses memasak.
Resepi ikan percik ni paling saya sayang selain resepi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali. Hikhik. Nak resepi bergambar yang lain, boleh jadi kawan fb saya. Banyak lagi yang saya suka kongsi. Sampai tak tahu nak upload mana satu. Semoga bermanfaat.
Ha..nampak best kan? Jom cuba!
IKAN PERCIK
BAHAN PERAPAN IKAN:
- 5 ekor ikan kembung – basuh bersih & kelar ikan
- 2 batang serai – hiris nipis
- 5 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 inci halia – hiris nipis
- 1 1/2 inci kunyit hidup – hiris nipis
- 3/4 sudu makan garam
- 1 sudu teh serbuk perasa Hilal
BAHAN KUAH PERCIK ( KISAR LUMAT):
- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 hiris nipis halia
- Secubit belacan
- 1/2 sudu makan serbuk ketumbar – disangai dan dikisar halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 6 senduk santan segera – boleh beli di pasar. Santan pekat yang diperah dari buah kelapa asli.
- 1 senduk air
- 1 1/2 sudu makan cili kisar
- 1 keping hiirsan limau nipis
- 2 1/2 sudu makan gula
- 1/2 sudu makan garam
- Secubit perencah Hilal
CARA MEMASAK:
1. Untuk memerap ikan, satukan semua bahan yang dihiris nipis ke dalam pengisar. Tambahkan garam dan juga perasa. Kisar hingga lumat.
2. Lumur bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
3. Seterusnya kisar bahan-bahan untuk kuah percik hingga lumat.
4. Masukkan bahan kuah siap kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan dan air.
5. Seterusnya masukkan cili kisar. Sebaiknya guna cili kering yang dikisar sendiri. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
6. Letak periuk di atas dapur. Buka api perlahan dan perahkan sehiris limau nipis.
7. Masukkan gula, garam dan perencah.Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
8. Setelah kuah mendidih, padamkan api. Kuah percik telah siap dimasak.
9. Seterusnya, bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga terlalu kering & garing.
10. Angkat seketika pemanggang ikan tadi, lapik pinggan di bawah dan siram kuah percik ke atas ikan. Pastikan kuah menutupi keseluruhan badan ikan bahagian atas dan bawah.
11. Letak kembali pemanggang ikan yang disiram kuah tadi di atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan supayabahagian atas dan bawah Kuah percik yang disalut tadi yang dibakar semula akan menjadikan rasa ikan percik lebih sedap.
12. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi