Ini cara mudah dan tak perlu keluar duit untuk bebaskan peti sejuk dari bau kurang menyenangkan. Maklum sajalah macam-macam makanan dan minuman yang kita simpan dalam peti ais. Tapi jangan risau untuk menyahkan bau kurang menyenangkan ini. Gunakan saja bahan-bahan yang ada di dalam dapur korang sebagai agen menghapuskan bau kurang menyenangkan ini. Berikut antara bahan yang boleh digunakan jika ada dalam simpanan dalam dapur korang.

7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.Baking Soda
Baking soda boleh menyerap bau kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Mudah saja caranya, korang hanya perlu tuangkan soda dalam mangkuk kecil dan letakkan di bahagian belakang peti sejuk. Jangan lupa tukarkannya setiap tiga bulan sekali.
7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.
.

IKLAN

Cuka
Rasa masam cuka mampu menuteralisasikan bau busuk peti sejuk. Cara menggunakan, korang hanya perlu masukkan 3 sudu makan cuka dan 3 sudu makan air suam ke dalam botol l semburan. Setelaah bercampur, semburkan cairan tersebut di dalam peti sejuk yang telah dikosongkan terlebih dahulu. Setelah bau hilang bersihkan peti sejuk.
7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.
Serbuk Kopi
Serbuk kopi adalah agen penyerap bau yang berkesan. Semangkuk kecil serbuk kopi yang di letakkan di bahagian paling dalam peti sejuk mampu menghilagkan bau degil peti sejuk. Biarkan selama 24 jam dalam peti sejuk, Insya Allah bau kurang menyenangkan akan hilang dalam beberapa hari.
7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.Ekstrak Vanila
Selain sebagai bahan tambahan untuk membuat kuih, ekstrak vanilla juga boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya korang hanya perlu campurkan vanilla cair atau serbuk dengan air. Kemudian celupkan bebola kapas ke dalam cairan tersebut dan letakkannya di dalam peti sejuk. Bau semerbak dari vanila akan lebih kuat dari bau busuk peti sejuk.
7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.
Lemon
Buah serbaguna ini boleh juga digunakan sebagai penghilang bau degil dalam peti sejuk. Cukup sekadar meletakkan beberapa hirisan lemon dalam peti sejuk dan biarkan beberapa hari. Pastikan lemon ditukar sebelum ia kering. Bau busuk dalam peti sejuk bertukar dengan aroma lemon yang lebih segar.
7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.Cengkih
Rempah ini ada dalam kebanyakan dapur korang, selain sumber pembangkit aroma masakan, bunga cengkih yang halus ini juga boleh digunakan untuk menghilagkan bau peti sejuk. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan dalam peti sejuk, pasti peti sejuk korang akan bebas dari sebarang bau kurang menyenangkan.
7 Bahan Dapur Ni Boleh HIlangkan Bau Peti Ais Korang.Arang
Kalau korang ada arang, boleh gunakannya untuk menyah bau kurang menyenangkan. Masukkan beberapa ketul kecil arang dalam peti sejuk. Biarkan selama 5-7 hari, bau tersebut akan hilang.

IKLAN
IKLAN

Senang je kan. Apa-apapun selain dari bantuan bahan-bahan ini untuk memastikan peti sejuk bebas dari bau kurang menyenangkan, kita perlu jugalah sentiasa rajin membersihkan peti sejuk dari sebarang kotoran kerana makanan mudah dicemari bakteria walaupun di simpan dalam peti sejuk dan akhirnya akan mengeluarkan bau kurang menyenangkannya.charcocaps.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI