Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.

5 Bahan Ni Boleh Bantu Hilangkan Bau Hanyir Dapur, Percuma Je.

Halia

Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging.  Kandungan enzim proteolitik  dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.

5 Bahan Ni Boleh Bantu Hilangkan Bau Hanyir Dapur, Percuma Je.

Campuran Cuka Dan Tomato

IKLAN

Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.

5 Bahan Ni Boleh Bantu Hilangkan Bau Hanyir Dapur, Percuma Je.

Nanas

IKLAN

Buah nanas  sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.

5 Bahan Ni Boleh Bantu Hilangkan Bau Hanyir Dapur, Percuma Je.

Limau Nipis

IKLAN

Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.

5 Bahan Ni Boleh Bantu Hilangkan Bau Hanyir Dapur, Percuma Je.

Daun Betik

Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan  daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.

Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI