Bosan dengan lauk pauk yang berat anda boleh pelbagai hidangan dengan menu berasaskan mi dan bihun. Pastinya tidak menjemukan. Lebih enak jika dimakan dengan kicap atau sos yang menambah perisa pada hidangan. RASA kongsi cara buat hidangan menyelerakan ini.

Bihun Sup Tulang Power

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang dan daging.
  • 1 bungkus bihun

BAHAN REMPAH TUMIS:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 tangkai cengkih

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • ½ batang lobak merah | potong dadu besar
  • 2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
  • Tomato | potong 4

BAHAN SAMBAL CILI:

  • 4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • ½ biji bawang besar | dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN:

  • 200gm lobak masin | dicelur
  • 2 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai daun sup
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK SUP:

1.  Panaskan tiga sudu besar minyak dalam periuk.

2.  Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

3.  Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar.

4.  Masukkan air, lebih kurang tiga cawan.

5.  Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.

6.  Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa

7.  Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

CARA MEMASAK SAMBAL CILI:

1.  Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.

2.  Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.

3.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.

CARA CELUR BIHUN SUP:

4.  Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam

5.  Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.

6.  Kemudian bilas dengan air bersih.

7.  Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan su

Bakso Minang

BAHAN A:

  • 500gm daging kisar
  • 50gm tepung sagu
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit lada putih

BAHAN B:

  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • 20gm mi kuning | direndam air suam seketika
  • Sedikit tauge

BAHAN SUP:

  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 batang daun bawang
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1.  Campurkan bahan A di dalam mangkuk dan uli sebati. Bentukkan adunan menjadi bentuk bebola dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

2.  Didihkan air di dalam periuk dan rebus bebola daging sehingga timbul di permukaan air. Simpan air rebusan.

3.  Panaskan air rebusan, masukkan bawang merah, daun bawang dan garam. Biarkan mendidih.

4.  Masukkan bahan B dan bebola daging ke dalam mangkuk. Tuangkan sup.

5.  Sedia untuk dinikmati

Soto Pekan Baru

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | dipotong dadu
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai | dititik
  • 2 pokok saderi | diikat
  • 1.5 liter air rebusan daging
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • 500ml santan
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

BAHAN KISAR:

  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit
  • 3cm halia
  • 3 biji buah keras

Bahan Isian Lain:

  • 200gm mi | dicelur
  • 100gm tauge | dibersihkan
  • 2 biji tomato | dibelah empat
  • 3 sudu makan bawang goreng
  • 2 biji limau nipis | belah dua
  • 6 biji begedil
  • 150gm keropok amplang
  • 2 sudu makan kicap manis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun salam, serai, saderi dan bunga cengkih hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air rebusan daging, masak hingga mendidih.
  3. Masukkan hirisan daging, garam, gula, serbuk lada sulah dan santan.
  4. Masak lagi dalam dua minit.
  5. Tutup api dan hidangkan soto dengan bahan isian lain seperti dinyatakan dalam bahan.

Bihun Celup Siam

BAHAN -BAHAN:

  • 1 bungkus bihun| dicelur
  • Sedikit sawi | dicelur
  • Sedikit kubis | dihiris halus
  • Sedikit tauge
  • Sedikit daun sup | dihiris
  • Limau nipis
  • Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
  • Bawang goreng secukupnya
  • Sambal kicap secukupnya
  • Emping cili | jika suka

BAHAN SUP:

  • 1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
  • 1 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 inci halia | dikisar
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1/2 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan sup, panaskan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
  3. Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan mendidih. Padamkan api.
  4. Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
  5. Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
  6. Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.