Tidak kira dara atau teruna, dalam melayan selera semuanya mahukan makanan yang sedap.  Jadi ini cadangan resipi yang sempoi dan sedap, jadi tidak ada sebab nak malas-malas. Jom buat sendiri, jimat masa dan tak perlu keluar rumah dan bersesak dalam jam dek kerana nak makan.  Jadinya  masak sendiri lebih berbaloi… setuju tak?

Menu Guna Telur Memang Pakat Berebut Makan

TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur puyuh | rebus dan goreng
  • 10 ulas petai | buang kulit
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 sudu makan santan pekat
  •  Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
  2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
  3. Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.

Info Chef: Boleh juga gunakan petai yang dikikis kulitnya jika anda sukakan rasa yang sedikit pahit.

 

TELUR PUYUH MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh|direbus dan buang kulit
  • 2 keping nanas dalam tin| didadu kecil
  • Sedikit cili benggala |didadu kecil
  • 2 sudu makan pes cili merah
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji bawang besar|dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih|diincang halus
  • 2cm halia muda |dicincang halus
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya.

1.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia cincang hingga wangi.Kemudian masukkan pes cili merah, kacau hingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomato. kemudian engkap rasa dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan telur puyuh dan gaul rata.

4. Diikuti dengan nanas dan cili benggala telah didadu kecil,gaul rata. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Telur puyuh boleh juga digoreng dahulu selepas direbus.

Menu Guna Telur Memang Pakat Berebut Makan

SAMBAL PECAH TELUR 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Bilis (guna yang halus lagi sedap)
  • 3 biji telur
  • 1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
  • Minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
  3. Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
  4. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
  5. Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
  6. Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!

Kredit resipi & gambar: FB Nadia Mohamad

Menu Guna Telur Memang Pakat Berebut Makan

ASAM PEDAS TELUR MASIN 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 sudu teh halba
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah         | kisar
  • 2 ulas bawang putih        |kisar
  • ½ inci halia                |kisar
  • ½ inci kunyit hidup        |kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 tangkai daun kesum
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.

2.    Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.

3.    Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.

Menu Guna Telur Memang Pakat Berebut Makan

ACAR TELUR PUYUH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10  biji telur puyuh         |rebus dan goreng
  • ½ biji timun             |ambil bahagian luar dan dihiris halus
  • ½ biji lobak merah         | ambil bahagian luar dan dihiris halus
  • 5 biji bawang merah        | hiris
  • 2 ulas bawang putih         | hiris
  • ½ inci halia                 | hiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji  buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 sudu makan sos cili
  • ½ sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.

2.    Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.

3.    Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.

4.    Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Telur puyuh digoreng dahulu supaya lebih keras dan mudah dimasak kerana teksturnya agak lembut dan mudah pecah.

Menu Guna Telur Memang Pakat Berebut Makan

TAUHU TELUR CENDAWAN KUKUS GORENG 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket tofu telur
  • 2 keping tauhu biasa
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 100gm cendawan Shitake-cincang
  • 1 pokok daun bawang-hiris halus
  • 1 ulas bawang merah-cincang
  • 1 tangkai cili merah-cincang
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • 1 paket fish ball
  • Sedikit minyak

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Hancurkan kedua-dua jenis tauhu, kemudian pecahkan telur ke dalamnya, gaul rata.
  2. Masukkan bahan hirisan, garam, serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan tepung. Gaul lagi.
  3. Setelah secukup rasa dan sekata, masukkan adunan dalam acuan kuih  apam dan letakkan tengahnya dengan fish ball.
  4. Kukus hingga masak lebih kurang 10 minit.
  5. Keluarkan dari acuan.
  6. Panaskan minyak, kemudian goreng tauhu tadi dengan api sederhana hingga kekuningan.

Menu Guna Telur Memang Pakat Berebut Makan

PAIS TELUR MASIN 

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur ayam
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Sediakan daun pisang.
2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi.
4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Nak beli PERIUK KUKUSAN baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI