Masak carbonara ringkas dengan rasa penuh creamy tanpa menggunakan susu. Sangat cepat untuk dimasak dan bahan-bahan yang sangat ringkas.
CARBONARA SUPER CREAMY
BAHAN-BAHAN
- 4 keping Chicken Ham (kepingan ayam atau daging)
- 3 ulas bawang putih
- Daun Parsley
- 1 biji telur bersaiz besar
- Satu genggam cheese parmesan
- Pasta
- Minyak Zaitun
- Blackpeper
- Sedikit Garam
CARA MEMASAK
1. Rebus pasta hingga masak al dante . Simpan 1 @ 2 senduk air rebusan pasta ni ok.
2. Goreng ham yang sudah dipotong nipis, sehingga garing.
3. Bila dah garing, masukkan bawang putih.
4. Kemudian masukkan 1 senduk air rebusan pasta tadi.
5. Masukkan pasta, perasa kan dengan garam dan sedikit blackpepper. Kalau terlalu kering, tambah kan lagi air rebusan pasta tadi.
6. Tutup api. Selepas itu dalam mangkuk asing, pecahkan telur dan gaul dengan parmesan hingga sebati.
7. Kemudian curahkan campuran telur dan parmesan tadi ke pasta dan gaul rata. Tabur daun Parsley. Siap!
Kredit: Farihah Zulkifle
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Masak Bihun Sup Sedap Cara Chinese Style
Terasa nak makan bihun sup sedap yang dimasak cara Chinese style? Anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Ikin Rahman yang paling mudah dan ringkas ni. Bahan-bahan yang digunakan pun memang mudah. Pasti hasilnya nanti kena dengan citarasa anda. Selamat mencuba!
CARA MASAK BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)
- Bihun (celur)
- Udang
- Fish ball
- Fish cake
- Sawi jepun
- Kiub pati ayam secukupnya
- Bawang putih (cincang)
- Cili api merah & hijau
- Chili flakes
- Cuka secukupnya
- Kicap cair secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih cincang hingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
- Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan.
3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api. - Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
- Celur sawi dan juga bihun.
- Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
- Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ikin Rahman
Koleksi Idea Menu Untuk Jualan, Gerenti Laku Keras
Menu mudah dan sedap ini mungkin boleh dijadikan idea untuk anda berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda boleh mengambil pesanan melalui aplikasi media sosial. Malah dengan cara ini, jualan mampu bertambah berlipat ganda. RASA kongsikan menu yang boleh anda masak untuk dijadikan sumber rezeki.
Rendang Tok Istimewa
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dengan tekstur daging yang lembut
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM 45
Bahan-bahan:
2kg daging (dipotong kiub,pastikan tidak terlalu kecil)
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sudu makan jintan halus( jintan putih) (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
3 sudu makan biji ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
6 sudu makan jintan manis (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
1-2 senduk cili kisar
Kerisik (anggaran dalam 1 biji kelapa)
1 ketul gula Melaka
3 helai daun kunyit (dihiris)
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan (pilihan)
Garam
Serbuk perasa (pilihan)
Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5-7 batang serai (dihiris nipis)
2 inci lengkuas
Cara memasak:
- Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
- Kemudian perap dengan daging sekurang-kurangnya selama empat jam. Untuk lebih sedap, perap semalaman. *kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk daging lebih empuk.
- Masak dan didihkan perlahan-lahan sehingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
- Seterusnya, reneh selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kemudian kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering. *Pastikan rendang dikacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah.
- Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping dan kacau lagi sehingga rata. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.
Info chef:Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.
Nasi kerabu daging bakar
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
1 genggam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ dikoyak-koyak
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
SOLOK LADA
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara memasak:
- Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya
- Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
- Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa
- Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat
- Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
- Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi
- Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
- Lada dibelah dua dan buang biji tengahnya
- Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh
- Susun dalam periuk
- Tuangkan santan
- Rebus hingga masak
Info chef: Solok lada ini boleh juga dikukus
DAGING BAKAR
500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih
Bahan Sangai
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
~ bahan ini disangai atau goreng tanpa minyak
Bahan kisar
3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
- Daging cuci bersih dan toskan
- Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
- Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat
- Lumurkan pada daging
- Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman
- Esoknya, bolehlah bakar.
Nasi Dagang
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 sudu teh halba
4 ulas bawang merah
11/2 inci halia
Lengkuas.
Kunyit hidup.
Cili kering.
1 sudu serbuk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Cara memasak :
- Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.
- Kemudian kukus beras nasi dagang.
- Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
- Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.
- Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.
- Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.
- Kukus sampai masak. Siap.
- Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.
- Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau jangan bagi berketul.
- Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi .
Info chef: Gulai ini lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya.
Laksa Johor
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan lemak
Cara memasak:Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25
Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Cara memasak:
- Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
- Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
- Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
- Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Laksa Penang
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa ikan
Cara memasak:Reneh
Anggaran kos: RM15
Bahan-bahan:
2kg ikan selayang @ sardin
15 keping asam keping -BELI ONLINE DI SINI
15 ulas bawang merah
1 senduk cili giling
Cili padi ( ikut kepedasan yang disukai)
2 ibu jari belacan
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan-belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Rebus telur. jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.
- Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.
- Kisarkan isi ikan saja. Kemudian kisar tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing.
- Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Tulang ikan yang dikisar, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.
- Kemudian bawang merah, cili padi, belacan dikisar bersama.
- Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
- Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yang ditapis tadi.
- Lepas mendidih masukkan garam secukup rasa.
- Laksa terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang segera tu kena rebus sampai lembut dulu.
- Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas,salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus sekali.
Info chef: Kuah laksa semakin dipanaskan semakin sedap rasanya.
CHEF AZMI & CHEF SHAZWN ARSHAD.
FOTO: TUAN AZMAN TUAN MUDA
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI
Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup, Sedap Dimakan Seisi Keluarga
Petua Buat Kuih Nona Manis Yang Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8c7ka6
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Cara Mudah Nak Masak Laksa Nyonya Yang Sedap & Menyelerakan
Sedapnya tengok hidangan laksa nyonya ni ye. Bukan main lagi terliur tengok banyak lauk sampingan.
Nak masak pun mudah je. Boleh cuba dengan resipi yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering*
6 biji cili merah besar*
½ inci lengkuas*
½ inci halia*
4 biji kunyit hidup*
4 @5 biji buah keras*
Minyak untuk menumis
2 batang serai | diketuk
2 kuntum bunga kantan | belah 4
Daun kesom (dalam 50 sen)
1kg santan
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi (minyak jangan terlampau banyak ye).
4. Semasa tumis tu, masukkan serai yang telah diketuk dan bunga kantan yang telah dibelah empat serta daun kesum.
5. Masak sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan
santan dan air.
6. Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri.
7. Masukkan fishball, tauhu fook (tauhu yang selalu orang buat begedil tu) dan sekeping asam gelugur.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
8. Tauhu fook dan fish ball tu agak-agaklah ye. Ni sebab saya buat dalam kuantiti yang banyak.
9. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
10. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidangkan. Kuah ni boleh makan dalam 8-10 orang.
11. Terpulang sama ada nak guna mee kuning atau bihun. Tapi pastikan dicelur dulu.
12. Bahan sampingan macam laksa biasa seperti daun salad, bawang besar, timun, cili api potong dan telur rebus.
Kredit resipi: Nazri Mat Zain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Seleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Mudah, Sedap & Disukai Ramai
Nak Buat Mee Celup Sedap Sama Seperti Di Kedai, Boleh Cuba Resipi Ini!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: