Dah puas makan juadah berempah jom masak lauk bebas santan pulak, cecah dengan roti atau dihirup begitu sahaja memang ‘meletop’ lah.

Jom semak 5 jenis sup olahan Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar yang terlajak sedap .

1. SUP EKOR ASAM PEDAS.

BAHAN-BAHAN :

  • 1kg ekor lembu (potong) | direbus hingga lembut

 Bahan dikisar

  • 6 biji bawang merah besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 120gm halia
  • 5 batang serai
  • 30gm daun kesum                    
  • 50gm udang kering
  • 5 kuntum bunga kantan
  • 350gm cili giling
  • Air asam jawa secukupnya | bergantung citarasa
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya menumis
  • Air rebusan dan air secukupnya.

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar hingga wangi,biarkan betul-betul garing.
  2. Masukkan cili giling,tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula air rebusan ekor dan isinya sekali.Campurkan bersama air asam jawa dan perasa.
  4. Tambahkan air secukupnya jika inginkan lebih kuah.
  5. Biarkan mendidih sebentar, perlahankan api untuk mereneh. Sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan     : 5 orang

Waktu memasak : 2 jam

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, sup

Keistimewaan     : Sup rasa pedas masam yang enak

INFO CHEF : Gunakan periuk tekanan tinggi@ pressure cooker untuk mencepatkan ekor menjadi empuk.

2. SUP TULANG BEREMPAH

  • 1kg tulang lembu berdaging | dipotong dan rebus dengan air hingga lembut

 Bahan dikisar :

  • 6 biji bawang merah besar
  • 15 ulas bawang putih             
  • 120gm halia
  • 5 batang serai | diketuk
  • 2 bungkus kecil rempah sup
  • 150gm lobak merah | dipotong kiub
  • 150gm ubi kentang | dipotong kiub
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • Perasa secukup rasa | jika suka
  • Air rebusan dan air secukupnya
  • 120gm daun sup dan bawang goreng
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tuumiskan semua bahan kisar, rempah tiga sekawan dan serai hingga wangi,biarkan betul-betul garing.
  2. Masukkan rempah sup ,ubi kentang dan lobak merah.
  3. Masukkan pula air rebusan tulang dan isinya sekali.Campurkan bersama air .
  4. Biarkan mendidih campurkan sedikit garam dan perasa,tabur daun sup dan bawang goreng,
  5. Tambahkan air secukupnya, jika mahu lebih sup. Biarkan mereneh sebentar.

6. Sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan     : 5 orang

Waktu memasak : 2 jam

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, sup

Keistimewaan     : Sup tulang lembu manis dengan jus tulang dan daging.

 

INFO CHEF :  Potong tulang lembu dengan kecil dan pilih yang mempunyai lebih isi daging

3. SUP SOTONG MERAH.

 BAHAN-BAHAN :

  •  500gm sotong segar | dipotong bulat

 

Bahan dikisar :

  • 4 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih               
  • 120gm halia
  • 2 batang serai | diketuk
  • 2 sudu makan rempah sup
  • 120gm cili giling
  • 2 sudu makan  tomato puri
  • 150gm lobak merah | dipotong kiub
  • 150gm ubi kentang dipotong kiub
  • 100gm batang saderi | dipotong sedang
  • Sedikit daun limau purut
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa
  • Jus limau secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Air secukupnya
  • 120gm daun sup dan bawang goreng

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Diikuti dengan tomato puri,cili giling dan serai hingga wangi danbiarkan betul-betul garing.
  3. Masukkan rempah sup,ubi kentang, batang saderi dan lobak merah serta air secukupnya.
  4. Masukkan pula sotong, jus limau,daun limau purut.
  5. Biarkan mendidih campurkan sedikit garam dan perasa,tabur daun sup , bawang goreng, sedia untuk dinikmati.

 

Saiz hidangan     : 4 hingga 5 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, sup

Keistimewaan     : Sup makanan laut (sotong) yang lazat dengan penggunaan sotong segar

INFO CHEF : Boleh ditambah cili padi untuk yang menggemari sup yang pedas. Sotong jangan dimasak lama untuk mengelakkan daripada menjadi liat.

4. SUP CENDAWAN TIRAM SEGAR

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm cendawan tiram | dicarik

 

Bahan dihiris :

  • 3 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih               
  • 120gm halia
  • 2 batang serai | diketuk
  • 120gm daun sup dan bawang goreng
  • Daun kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa | jika suka
  • Jus limau secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan hiris dan serai hingga wangi,biarkan betul-betul garing.
  2. Masukkan hirisan cendawan dan air secukupnya.
  3. Masukkan sedikit jus limau garam, perasa dan daun kunyit.
  4. Biarkan mendidih campurkan sedikit garam dan perasa, tabur daun sup dan bawang goreng, sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan     : 4 hingga 5 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, sup

Keistimewaan     : Sup cendawan tiram sesuai untuk mereka yang sedang berdiet sayuran

INFO CHEF : Pilih cendawan yang segar, tidak lebam dan lembik untuk rasa sup yang betul-betul lazat dan berkhasiat.

5. SUP AYAM ALA KANTONIS.

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm isi ayam

Bahan dicincang :

  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 120gm halia
  • 100gm lobak merah | dipotong kiub
  • 100gm ubi kentang | dipotong kiub
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit perasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

 1. Tumiskan semua bahan cincang hingga wangi,biarkan betul-betul garing.

2. Masukkan air secukupnya ,isi ayam, lobak merah dan ubi kentang biar hingga mendidih.

3. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.

4. Pekatkan dengan tepung jagung, masukkan telur dan kacau, kecilkan api

5. Titiskan sedikit minyak bijan, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan     : 4 hingga 5 orang

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, sup

Keistimewaan     : Sup ayam sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah roti untuk sajian sahur

INFO CHEF : Hidangan ala kantonis dengan kuah sup agak pekat. Pastikan bahan-bahan ditumis hingga garing untuk memantapkan kelazatannya.

 

RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event