Menu gebu ni memang tidak pernah menjemukan. Hari ni saya buat donut super gebu. Dapat banyak,tak sempat kira berapa biji sebab asal angkat masuk pinggan ja tiga minit licin dikerjakan anak-anak. Memang akan jadi menu ulangan sarapan untuk hari  yang mendatang

DONUT

Bahan-bahan:

2 sudu besar mentega-cairkan
1 biji telur
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 peket yis
3 cawan tepung gandum …kalau lembik tambahlah sikit2 smpai bole uli..jgn byk sgt kang keras

IKLAN

Cara memasak:
1. Larutkan gula, air suam dan susu pekat. Masukkan yis. Biar dalam 10 minit sampai buih.
2. Pukul telur campur dalam mentega cair tadi kemudian masukkan dalam yis tadi.
3. Masukkan semua campuran tadi ke dalam tepung gandum sikit-sikit.Kacau jer guna sudu pun ok. Kemudian uli-uli sikit. Saya uli manja-manja sebab adunan agak lembut. Kalau melekat-lekat di tangan tabur tepung sikit dekat adunan . Biar adunan selama 45minit.
4. Lepas adunan dah naik,keluarkan semua sekali dan leperkan di atas papan atau lapik yang dah ditabur tepung.

5.Kemudian tekap bulat-bulat. Susun atas dulang yang juga telah ditabur tepung. Biar sekejap agak dah naik kembang,boleh goreng dengan api sederhana. Balik-balikkan sampai perang. Untuk simpan dalam peti sejuk, goreng sekejap, jangan sampai perang, agak-agak masak dalam pun dah ok.

IKLAN

Kredit: As Ayob

3 Resipi Juadah Petang Yang Colourful. Salah Satunya Kek Span Versi Indonesia

IKLAN

Oh Macam Ni Rupanya Nak Buat Karipap Pusing. Barulah Betul-Betul Jadi!

Bingka Labu Sesedap Rasa, Cukup Lemak Dan Manisnya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI