Bila diimbau balik kisah Datin Seri Emylia Yusnita Mohd Tahir mewarisi ilmu memasak memang cukup menyentuh hati. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia lapan bulan. Wanita tabah ini dibesarkan oleh ayah dan  arwah moyangnya, Temah Samad yang berkerja sebagai Ketua Tukang Masak di istana Pahang.

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Neneknya lebih dahulu meninggal dunia, semasa ibu Datin Seri sedang mengandungkan beliau . Wanita gigih ini duduk bersama arwah moyang di Pahang dengan sering dikunjungi dan kadang-kadang mengikut ayahnya yang tinggal di Johor.

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Moyang Jadi Idola Memasak

Di zaman kanak-kanaknya usahawan dan pemilik lima khidmat SPA ini sering mengikuti arwah moyang yang berkerja di dapur Istana, Pekan, Pahang. Makanan yang dimasak adalah untuk Almarhum Sultan Abu Bakar sekeluarga yang cukup menyukai masakan moyangnya.

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

“Dulu-dulu masa sekolah rendah  saya rajin ikut arwah moyang memasak di dapur istana. Bahan-bahan semua sudah disusun pembantu.  Saya suka tengok gaya arwah memasak dan perhati bahan-bahan yang digunakan. Dari situ saya dah mula tahu macam mana nak masak dan bila sekolah menengah saya dah boleh memasak.

Di antara amalan masak arwah moyang adalah membuat rempah ratus yang diproses dan dikisar sendiri. Hingga kini saya amalkannya dan saya tak pernah beli rempah yang sudah diproses dalam peket. Aromanya lebih wangi dan rasanya lebih berperisa. Saya juga buat sendiri pes cili kering dan tidak  sekali-kali menggunakan cili boh,” kongsi beliau mengenai  ilmu masakan yang diwarisi dari moyangnya.

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Seperti juga stail masak orang tua dulu-dulu, Datin Seri Emylia juga memasak ikut campak-campak dan agak-agak bagi mendapatkan rasa lauk yang betul-betul sedap.

Suri hati kepada Datuk Seri Ahmad Hj Abas dan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 12 dan 3 tahun ini sememangya handal di dapur. Tidak hairanlah jika rumahnya juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang cukup mengemari masakan dari air tangannya

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

 

IKLAN

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

Ni dia empat juadah istimewa yang dijamu rakan-rakan rapat beliau.

NASI KAROT

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

BAHAN-BAHAN :

  •  5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik
  • 6 cawan air
  • 3 biji lobak merah | disagat batang mancis
  • 4 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 4 biji bawang merah | ditumbuk
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • ½ tin susu cair | susu isian sejat
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 helai daun pandan
  • 1 lembar daun pudina | disimpul
  • 1 lembar daun ketumbar | disimpul
  • 4 sudu makan mentega
  • Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak

*Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
  3. Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
  4. Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
  5. Masukkan lobak merah yang telah disagat .
  6. Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
  7. Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.

OPOR DAGING

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • ½kg daging batang pinang

Bahan dikisar :

  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • 4sm halia | dikisar
  • 4sm lengkuas

Bahan disangai (goreng tanpa minyak dan kisar)

  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh Jintan manis
  • 1 sudu teh Jintan putih
  • 6 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan rempah opor
  • Gula merah  dan garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukan bahan-bahan yang disangai.
  2. Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
  3. Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
  4. Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.
  5. Masukkan garam dan gula merah secukup rasa

ACAR BUAH 

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

BAHAN-BAHAN :

 Bahan A (bahan tumis) :

  • 1 1/3 cawan minyak untuk menumis |  Lebihkan sedikit kerana buah akan menyerap minyak )
  • 1 sudu makan biji sawi

Ditumbuk atau kisar tanpa air:

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2.5sm halia

Bahan B (rempah tumis)

IKLAN
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 8-10 tangkai cili kering | dibuang biji ,rebus dan kisar)

 Disangai dan dikisar halus:

  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh Jintan Putih biji
  • 1 camca teh Jintan Manis biji

Bahan C
4 sudu makan gula merah
2 sudu makan sos cili

Garam secukupnya

2 sudu makan perahan lemon

Bahan D
Disangai :
1/4 cawan bijan
1/3 cawan biji sawi

 Bahan E (Buah-buahan)

  • 50-150 gram setiap jenis buah buahan | kering atau jeruk (limau jeruk dibelah 12 ikut saiz)

* Kalau buah yang berbiji atau besar  seperti prune lebihkan sedikit timbangan | dipotong dua atau empat, atau biarkan sebiji-biji.

  • 2 labu bawang putih | dibelah dua jika bersaiz besar
  • 12-15 ulas bawang merah  | dibelah dua
  • Cili Padi secukup nya

 CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
  3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
  4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula.)
  5. Masukkan bahan E dan akhir sekali bahan D dan digaul sedikit supaya bercampur.
  6. Usah dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur
  7. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)

  BUAH MELAKA KUKUS

Datin Seri Emylia Warisi Ilmu Memasak Dari Moyangnya, Tukang Masak Istana

 BAHAN-BAHAN :

  •  4 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 6 helai daun pandan | diracik halus dan dikisar bersama 1 cawan air
  • Gula melaka secukunya | dipotong kecil
  • 1 kotak kecil santan kotak | dicampur sedikit air ,sederhana pekat
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Tepung pulut dan tepung gandum digaul bersama air dan letakkan secubit garam.
  2. Masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Ulikan hingga tak melekat di tangan.
  3. Bentukkan bulat dan masukkan gula Melaka yang sudah dipotong kecil ke dalamnya.
  4. Bulatkan lagi dan ketepikan
  5. Masukkan santan ke dalam bekas untuk dikukus, masukkan secubit garam. Panaskan kukus terlebih dahulu.
  6. Masukkan kuih ke dalam bekas kukus berisi santan dan masak selama 10 minit. Sajian sedia dihidang.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI