Ada yang mengidam nak makan yang manis-manis? Enak juga kalau dapat puding jagung dimakan pula dengan susu coklat. Lebih sedap puding jagung ini disimpan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk. Nikmatnya akan terasa. Resipi ini dikongsikan oleh  Roshima Ibrahim Shima dengan cara ringkas penyediaannya.

BAHAN-BAHAN:

Puding Jagung:

  • Setengah peket agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu tepung kastard
  • 1 1/2 tin air
  • 1/2 tin jagung

CARA MEMBUAT PUDING:

  1. Masak agar dengan air hingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul larut. Tutup api dan ketepikan dulu.
  2. Dalam periuk lain, masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, Kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sebab kalau biarkan nanti akan berketul-ketul.
  3. Tapiskan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.
  4. Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas lompang kalau nak nampak comel-comel. Kalau nak gunakan loyang pon boleh.
  5. Biarkan puding sejuk. Kemudian baru boleh keluarkan dari acuan.

BAHAN SUSU COKLAT SAJI:

  • 1/2 tin susu coklat
  • 1/2 tin air masak.

CARA MEMBUAT:

  1. Campur kedua-dua bahan. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Sedang-sedang sahaja.
  2. Hidangkan di dalam mangkuk. Nikmati bersama puding jagung tadi.

Kredit resipi & gambar: Roshima Ibrahim Shima via MAHN