Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.

 

SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
  • 1 inci gula melaka
  • Sedikit minyak masak

BAHAN TUMBUK KASAR:

  • 4 biji cili merah – potong kasar
  • 2 biji tomato – belah 8
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Cara Masak Sambal Tomato Bilis Goreng Paling Sedap & Mudah

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.

IKLAN

2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.

Cara Masak Sambal Tomato Bilis Goreng Paling Sedap & Mudah

3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.

Cara Masak Sambal Tomato Bilis Goreng Paling Sedap & Mudah

IKLAN

4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.

5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.

6. Sambal siap untuk dinikmati.

Cara Masak Sambal Tomato Bilis Goreng Paling Sedap & Mudah

IKLAN

Cara Masak Sambal Tomato Bilis Goreng Paling Sedap & Mudah

 

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

 

 

JOM CUBA RESIPI NI PULA:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI