Digelar daging hitam kerana warna yang gelap di mana ramuannya ialah kicap, rempah kari serta daun kari memberi aroma lazat pada daging. Daging masak hitam ini sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi putih.

DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan

  • 5kg daging – dipotong
  • 2kg bawang besar kisar kasar kemudian tapis (air bawang jangan buang nanti baleh bancuh rempah dan cili kisar)
  • 200gm rempah kari daging
  • 2 cawan cili mesin ( kalau mahu pedas boleh tambah lagi)
  • 2 sudu besar lada hitam -tumbuk halus
  • 3 cawan kicap lemak
  • 1/2 cawan gula merah -BELI ONLINE DI SINI

Bahan-bahan tumis

  • 1 kg bawang besar- hiris nipis
  • 3 labu bawang putih- hiris nipis-BELI ONLINE DI SINI
  • 3 inci halia -dimayang halus-BELI ONLINE DI SINI
  • 4 serangkai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
  • 5 tangkai daun kari

Cara memasak:

IKLAN
  1. Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau
  2. Selepas itu masukkan daun kari
  3. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning
  4. Masukkan bawang mesin masak sampai bawang layu dalam 5 minit
  5. Masukkan cili mesin biar sekejap dalam 3 ke 4 minit sambil kacau
  6. Masukkan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak
  7. Bila dah pecah minyak dan bau wangi masukan daging
  8. Bila daging bertukar warna masukkan kicap dan sedikit air (dalam 2 cawan jangan banyak sebab daging akan keluar air)
  9. Biarkan sampai daging empuk dan pekat
  10. Siap untuk dihidang

**saya tidak tambah garam dan gula lagi sebab sudah cukup rasa tapi ikut selera masing-masing kalau ada apa yang kurang boleh ubah
** kenali daging yang kita beli kalau daging kotak elok direbus dulu kalau daging segar tidak perlu rebus dulu.

Kredit: Lulu Makhnun Mustapa

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

IKLAN

Resipi Agar-Agar Santan Pandan Paling Mudah.

Ayam Masak Beriani Sempoi, Teramatlah Wanginya Sampai Ke Rumah Jiran

IKLAN

Petua Masak Kari Ayam Tanpa Santan Yang Sangat Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI