Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
- Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Kredit gambar & resipi: http://lobaksusue.blogspot.my/2015/10/resepi-untuk-bayi-homemade-serbuk-ikan.html
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Potong Seekor Ayam Segar Kepada Bahagian-Bahagian Kecil
Bila beli ayam di pasaraya, kadang-kala servis memotong ayam memerlukan anda menunggu lama lebih-lebih lagi di musim sekarang ni. Seorang beli sampai 2-3 ekor. Penat nak menunggu. Silap-silap, ayam anda pun diambil orang. Maklumlah, banyak sangat ayam yang beratur untuk dipotong. Bagi yang nak belajar potong ayam sendiri di rumah, berikut adalah cara-caranya asas yag boleh anda cuba.
BAHAN DIPERLUKAN:
- Ayam
- Pisau tajam
- Papan pemotong
CARA –CARA:
1. Telentangkan ayam dan kelar sedikit pada bahagian pahanya.
2. Balikkan ayam dan potong di bahagian tengah badan diantara paha dan dada ayam.
3. Kepakkan menggunakan tangan bagi mengasingkan bahagian paha dan dada.
4. Asingkan bahagian dada ayam menjadi dua bahagian dengan memotong melalui sisi leher ke bawah diikuti bahagian paha. Penggunaan pisau tajam bersaiz besar amat diperlukan kerana bahagian ayam yang bertulang.
5. Setelah ayam dipotong empat bahagian, anda bolehlah memotong setiap bahagian tersebut menjadi ketulan yang lebih kecil.
INFO:
1. Guna pisau tajam sewaktu memotong ayam bagi memudahkan ayam dipotong dan juga mengelakkan isi ayam hancur.
2. Jika ayam anda bersaiz kecil, sebaiknya dipotong empat atau lapan sahaja.
3. Jika ayam bersaiz besar, boleh memilih untuk memotong secara empat, lapan atau 12 bahagian.
4. Bersihkan ayam terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
5. Asingkan ayam dalam beberapa bekas berasingan mengikut jumlah untuk sekali masak. Ia bagi memudahkan proses penyimpanan, defrost serta memasak.
4 Cara Simpan Tomato, Supaya Kekal Segar & Tak Mudah Busuk.
Tomato antara buah yang tidak tahan lama, walaupun ia boleh dipelbagaikan kegunaan dalam masakan termasuk dijadikan jus atau sos secara homemade, sebaiknya anda membeli mengikut keperluan. Namun jika anda membeli lebih untuk tujuan stok atau waktu harga murah, jangan risau, ia akan busuk dan menyebabkan pembaziran. Kerana info berikut boleh dimanfaatkan untuk membantu anda menyimpan tomato suapaya kekal segar dan tahan lama.
Simpan Tomato Pada Suhu Bilik
Cara terbaik simpan buah tomato pada suhu bilik, biasanya di ruang dapur, anda hanya perlu masukkannya dalam bekas terbuka (tanpa penutup) yang dialas dengan kertas atau tisu dapur supaya bahagian bawah bekas tidak panas dan kekal pada suhu bilik, dengan cara ini tomato tahan lebih lama.
Terbalikkan Tomato
Meletakkan tomato dalam posisi terbalik ( bahagian tangkai di bawah) membantu menjadikan ia kekal segar dan tahan lama. Kerana cara ini mengurangi proses oksidasi yang menyebabkan tomato terlindung dari udara di sekelilingnya. Tomato yang diletakkan dalam bekas terbuka, boleh menghasilkan haba panas di sekelilingnya secara semulajadi. Sebab itu tomato dikatakan boleh membantu mempercepatkan buah-buahan lain masak apabila buah tersebut diletakkan dalam bekas yang sama dengan tomato.
Jangan Buang Tangkai Tomato
Jika buah tomato yang dibeli mempunyai tangkai, jangan buang kerana ia membantu melewatkan proses tomato dari cepat busuk. Jika dibuang tangkai, ia memudahkan bakteria masuk dalam tomato akan cepat menjadi busuk.
Jangan Simpan Tomato Dalam Peti Sejuk
Jika anda beranggapan masukkan tomato dalam peti sejuk adalah cara terbaik simpan tomato. Anggapan ini adalah salah sama sekali. Sebenarnya tomato akan mudah rosak dari segi warna, tekstur, mahupun rasanya.
Untuk lebih praktikal , jika anda membeli tomato dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya pilih tomato belum masak sepenuhnya, ia membantu proses simpan tomato menjadi lebih lama. Ini kerana tomato Ia akan masak sendiri dalam simpan
Petua Hilangkan Hanyir Ikan, Rasa Pun Lebih Sedap
Bau ikan yang hanyir boleh menyebabkan kita terbantut selera untuk menikmatinya. Malah ada yang menolak terus hidangan ini.
Sebenarnya untuk mengelakkan ikan berasa hanyir malah memberi rasa lebih enak, ikan bukan hanya dicuci begitu sahaja. Lakukan sekali petua yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan semasa prose membersih.
Petua hilangkan hanyir ikan, rasa pun lebih sedap
Ini caranya;
1) Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun dengan bersih. Toskan dulu airnya.
2) Ambil sebiji atau dua biji limau kasturi
3) Perahkan limau pada ikan dan letakkan sesudu dua garam kasar.
4) Gaulkan rata-rata denan ikan dan biarkan dalam satu minit.
5) Bilas semula ikan bersih-bersih.
6) Masaklah seperti biasa. Nak goreng, masak gulai dan sebagainya.
7) Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh. Insya-Allah, tiada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Sumber: Juriah H Mazlan