Yogurt memang best. Paling enak dimakan dengan campuran buah-buahan segar. Malah, bahan ini juga boleh dicampur dalam masakan bagi menggantikan santan. Anda suka makan yogurt? Jom belajar buat yogurt secara homemade.

 

YOGURT HOMEMADE

Untuk buat yogurt, kita perlukan balang kaca sebab kena steril. Balang plastik tak tahan panas. Untuk inkubator, saya guna termos nasi. Boleh juga guna bekas tahan panas lain spt kotak polisterin. Dah siap, simpan dalam peti sejuk. Yogurt ni tahan lama, dalam sebulan dua dalam peti sejuk. Pastikan guna sudu yang kering dan bersih untuk ambil yogurt.

BAHAN-BAHAN:

 

  • 300gm susu tepung
  • 1 liter air panas
  • 7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE. Saya guna brand Nestle Natural Set)

CARA MEMBUAT:

A. BANCUH SUSU:

  1. Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung.
  2. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
  3. Masak sampai berbuih dekat tepi periuk.
  4. Tutup api dan biarkan susu suam.

 

B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.


1. Penuhkan balang dengan air panas.
2. Steril selama 10 mins
3. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.

 

C. MASUKKAN YOGURT STARTER


1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau.
( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS)
2. Kalau ada termometer, suhunya (susu)60c.
3. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.

 

D. MASUKKAN DALAM BALANG


1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.

 

E. SEDIAKAN INKUBATOR


1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.

 

F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS


1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.

 

G. PERAM!


1. Masukkan balang kaca dalam inkubator.
2. Selitkan plastik air panas di ruang kosong.
3. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang.
4. Tutup inkubator. Peram 8 jam.
5. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.

Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Martini Muaz