Jom cuba resipi Mi Kuning homemade ni. Sangat sesuai bagi anda yang suka mementingkan kualiti hidangan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan asli. Istimewa, tiada asid borik, kapur atau pewarna tiruan digunakan dalam pembuatan mi ini. Memang bagus untuk kesihatan. Jom cuba.

RESIPI MI KUNING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 140ml-150ml bahan cecair ( terdiri dari: 1 biji telur + sedikit garam + serbuk kunyit + air biasa = timbang 140ml-150ml. Kacau rata.)

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung dan air bancuhan tadi sedikitdemi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Caranya sama macam nak adun donat.

Cara Mudah Buat Mi Homemade Tanpa Guna Kapur & Pewarna.

IKLAN

2. Bila dah siap uli, ambil sedikit doh dan canai. Leperkan dan gelek atas papan pencanai hingga nipis.

3. Kemudian ambil pisau dan potong halus. Boleh juga potong lebar. Ikut citarasa. Untuk elak tepung melekat, tabur sedikit tepung pada pisau dan papan pencanai.

Cara Mudah Buat Mi Homemade Tanpa Guna Kapur & Pewarna.

IKLAN

4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sedikit minyak. Rebus mi tadi hingga masak.

Cara Mudah Buat Mi Homemade Tanpa Guna Kapur & Pewarna.

5. Angkat dan toskan. Lumur sedikit minyak pada mi bagi elak ia melekat. Jika nak goreng terus, tidak perlu gaul dengan minyak.

IKLAN

Cara Mudah Buat Mi Homemade Tanpa Guna Kapur & Pewarna.

6. Sedia untuk dimasak mengikut resipi & cita rasa anda.

 

Kredit resipi & foto: Sha Roziah Al Yahya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI