Orang Johor ni kalau makan goreng pisang ,karipap, popia dan lain-lain mesti lengkap dengan sambal kicapnya. Maka sambal kicap ni memang wajib ada di rumah, mudah nak menyicah nanti. Kalau mereka yang tidak biasa boleh cuba rasa. Boleh buat sendiri sambal kicap yang sedap ni.
Bahan-bahan:
Cili Padi, bawang merah & bawang putih.
1.Goreng garing
2. Dah siap digoreng
3. Cili padi dah siap goreng
4. Blend semua bahan.
5. Masukkan kicap lemak manis.
6. Sedikit gula & garam.
7. Blend lumat.
8.Siap 😋
https://www.rasa.my/kecur-liur-rasa-sambal-goreng-legend/
Ayam Masak Beriani Sempoi, Teramatlah Wanginya Sampai Ke Rumah Jiran
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sos Colek Pencicah Homemade Untuk Aneka Makanan Bergoreng.
Resipi asli sos pencicah yang boleh dinikmati dengan aneka makanan bergoreng seperti keropok goreng, ikan celup tepung (ICT), sotong celup tepung, udang dan bermacam-macam lagi. Buat cicah kerang rebus pun sedap.
BAHAN-BAHAN:
- 2 genggam cili kering
- 1 labu besar bawang putih
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 keping nisan/manisan bersaiz besar. Jika kecil, guna 3 keping – boleh diganti dengan gula melaka
- 1 sudu pes asam jawa
- 1/2 botol kecil cuka
- Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
- Kisar cili kering dan bawang putih hingga lumat.
- Masukkan bahan kisar bersama kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
- Rasa sedikit terlebih dahulu. Jika dah ada rasa sedikit masam dan manis, boleh dipadamkan api.
- Biarkan sos menjadi sejuk dan barulah boleh isi dalam botol.
- Simpan sos di dalam peti sejuk bagi memastikan ia tahan lama kerana resipi ini tidak menggunakan bahan pengawet.
Kredit resipi & gambar: Farah Azirahman
Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan
Sos pencicah thai merupakan antara sos yang digemari ramai. Rasanya yang masam manis memang sedap apatah lagi jika dimakan bersama keropok lekor. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sos thai sendiri. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Nurul Mansor. Menariknya, resipi ini tida menggunakan banyak bahan. Jom cuba!
SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji cili besar
- Segenggam cili padi merah dan hijau
- 6 ulas bawang putih
- Secawan gula
- Secawan cuka
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu bancuhan tepung ubi
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung ubi.
4. Siap!
TIPS:
- Gunakan hanya 1 sudu tepung ubi. Air boleh letak berapa banyak yang anda mahu, janji sebati. Jangan masuk serbuk tepung selepas sos masak, nanti ia akan berketul.
Kredit resipi & foto: Nurul Mansor
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap
Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.
Resipi Colek Mangga Muda 4 Rasa. Mudah, Sedap & Memang Kecur Liur!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Buat Sendiri Kerabu Thai Yang Diakui Sedap Satu Dunia.
Tidak kira kerabu mi segera, somtam, kerabu sotong atau apa sahaja kerabu atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan lima tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
.
Bahan mesti segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
.
Bahan yang dimasak, perlu dipanggang atau dicelur tidak terlalu lama.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
.
Bancuh sos secara berasingan.
Semua bahan sos seperti hirisan cili, jus limau, cuka garam, sos cilia tau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
.
Penyedap rasa yang unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk menikmati keenakan rasa sebenar kerabu Thai, ini RASA kongsikan Kerabu Sotong yang ringkas dan sedap, 15 minit siap.
.
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
- 2 sudu makan pes cili Thai
- 3 biji cili merah | kisar kasar
- 3 batang serai | hiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 1 pokok daun bawang | hiris
- 1/2 cawan daun pudina
- 2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
- Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
- Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
- Kemudian masukkan sotong. Gaul rata
- Masukkan pula hirisan bawang serai, daun bawang dan pudina.
- Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.