Air asam ni kalau kena dengan nasi panas, ulam dan lauk ikan bakar, memang bertambah nasi di pinggan. Lebih-lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu-dulu. Memang padu. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM SEDAP & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
IKLAN
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
IKLAN
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
IKLAN
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau ada makanan bergoreng atau rebus, dan korang tak tahu nak cicah dengan sos apa, silalah buat sos sendiri. Resipi yang RASA kongsi ni memang sedap dan anda takkan kecewa. Senang je nak buat. Bahan-bahan memang biasanya dah ada di rumah. Cubalah.
SOS PENCICAH ISTIMEWA
Bahan-Bahan
250 gram cili kering (buang biji, rebus dan kisar)
Cili padi secukupnya (Tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering)
1/2 kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Masak lagi sehingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
5. Angkat, sejukkan dan boleh dimasukkan dalam botol. Simpan dalam peti sejuk.
Kalau ada kawan-kawan ke Thailand, pasti ada gambar hidangan Miang Pla Pao ni yang dikongsi. Sajian ikan yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau istimewa. Kadang-kala ada juga yang hidang dengan aneka makanan laut panggang. Nampak sangat sedap kan? Bagi yang nak rasa, resipi perkongsian saudari Maryam Mahmood ni boleh anda cuba. Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MIANG PLA PAO
BAHAN SOS:
15 biji cili padi hijau – lebihkan jika nak pedas
3 ulas bawang putih
3-4 batang akar ketumbar
2 senduk sos ikan/ sos nampla/kicap sotong
1 senduk nisan kabung/gula kabung/gula
Air secukupnya – agak-agak sahaja
3 sudu makan jus perahan limau nipis
Daun ketumbar – hiris
BAHAN SAMPINGAN:
Ikan siakap/tilapia atau apa-apa ikan yang sesuai – resipi guna ikan tilapia merah
Laksa siam/bihun/suhun – dicelur
Salad, timun, pudina dan daun selasih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Ikan digoreng kosong sahaja supaya boleh naikkan rasa sos. Jika nak lumur sedikit garam pada ikan pun boleh. Selain goreng, boleh juga dibakar.
Angakt ikan dan toskan minyaknya.
Untuk sos, tumbuk cili hijau, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Boleh juga dikisar.
Letak semua bahan dalam bekas ( kecuali daun ketumbar) termasuk bahan tumbuk tadi. Masukkan air akhir sekali supaya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka.
Rasa sos. Jika tawar, tambah sedikit garam. Pastikan sos ini mempunyai rasa pedas dan manis.
Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar secukupnya. Kacau rata.
Untuk menikmati Miang Pla Pao, susun hirisan salad, timun, pudina, daun selasih dan ikan. Jadikan seakan uncang dan nikmati bersama sos yang dibuat tadi.
INFO: Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam. Namun andai kurang suka ikan, boleh gantikan dengan sotong bakar, udang atau apa-apa bahan kegemaran anda.
Penggemar mi samyang kalau tak cukup bajet nak beli boleh cuba resipi pes ala-ala samyang ni. Sesuai juga untuk dimakan bersama nasi goreng ala Korea atau makan bersama mi. Yang penting ada rasa pedas berapi makan tanpa ragu-ragu. Selamat mencuba!
RESIPI PES ALA SAMYANG
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bwg putih dicincang
1/2 cawan minyak msak
6-7 sudu besar serbuk cili
(dibancuh dengan sedikit air,jadikan pes)
Sedikit kicap manis
1 kiub pati ayam
Cili padi merah 7-8biji(klau suka pdas blh tmbh lg bnyk😅)**cili padi cincang halus**
Garam & gula secukup rsa
CARA-CARA:
Panaskn minyak,jgn terlalu pnas tkot bwg putih cpt hangit..msukkn bwg putih+cili padi..tumis agak² kuning