Suka makan popia basah? Asyik beli je di pasar malam, lepas ni bolehlah cuba buat sendiri. Tak susah pun. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Lewis ni. Memang mudah dan senang untuk dihasilkan. Anda boleh cuba nanti.

 

CARA BUAT POPIA BASAH HOMEMADE

BAHAN-BAHAN KULIT POPIA:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur putih
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • Secubit garam

CARA MEMBUAT KULIT POPIA:

  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah sedikit air.
  • Tutup adunan dan perap 30 minit.
  • Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper@ non-stick.  Ambil sejemput adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
  • Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
  • Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat.

Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap.

IKLAN

 

BAHAN SOS POPIA:

  • 12@14 cili kering – buang biji, rebus dan toskan. Kemudian kisar halus dengan 1 cawan air
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan kicap manis
  • Minyak untuk menumis

CARA-CARA BUAT SOS:

  • Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN INTI POPIAH:

  • Sengkuang  jika suka- hiris nipis @ memanjang
  • Tauge- bersihkan
  • 1/2 biji kubis – racik halus
  • 1 batang lobak merah – hiris memanjng
  • Segenggam udang – buang kepala & ekor. Potong kecil
  • 1/2 biji bawang besar – cincang halus
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • Udang kering – tumbuk halus
  • Garam dan minyak untuk menumis

CARA-CARA SEDIAKAN INTI:

  • Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
  • Masukkn kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu.
    Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. (masak sekejap sahaja bahan inti ini)

Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap.

 

IKLAN

 BAHAN TABUR:

  • Kacang tanah – disangai, buang kulit dan tumbuk
  • Udang geragau kering – disangai dan tumbuk halus.
  • Bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN POPIA BASAH:

  • Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos.
  • Masukkan inti dan gulung kemas. Buat sampai habis.
  • Tuangkan sos di atas popia tadi dan letakkan bahan tabur. Sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap.

Kredit resipi & foto : Ziela Lewis 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI