Anak-anak kecil sedang membesar memang kuat makan. Bila tengok anak suka mengunyah, kita sebagai ibu pastinya ‘excited’ nak bagi kan? Tapi kena tengok-tengok juga jenis dan kandungan bahan makanan yang diberi. Untuk lebih selamat, anda boleh hasilkan sendiri kudapan buat si kecil anda. Salah satu yang boleh dicuba ialah Garlic Bread @ Roti Bawang Putih perkongsian Puan Aya Zuki. Resipi ni beliau olah untuk dijadikan kudapan anaknya. Hanya menggunakan 4 bahan mudah, finger food ini tentunya lebih sihat, bersih dan yang paling penting adalah air tangan ibu sendiri. Jom cuba!

 

GARLIC BREAD SEDAP & MUDAH UNTUK ANAK-ANAK

BAHAN-BAHAN:

  • Roti gardenia (potong panjang-panjang)
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit Parsley flakes
  • Unsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

 

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.

IKLAN

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA:  untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)

IKLAN

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

6. Gaul sampai sekata.

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

8. Gaul sampai macam ni.

IKLAN

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

9. Sapu dekat roti.

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!

Cara Buat Garlic Bread Homemade Sedap

INFO: Kalau ada sup cendawan, memang lagi sedap.

Kredit resipi & foto: Aya Zuki

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI