Orang Jawa mesti tahu akan masakan Ayam Ungkep. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak pandang lauk lain. Ia seperti rendang ayam. Ayam Ungkep sedap bila terasa pedasnya. Anda boleh tambah dan guna cili api ikut tahap kepedasan yang diingini. Ni resepi legend ni .. hehehe . Selamat menjamu selera ye uolls 😘😘🦋

Ayam Ungkep

Bahan
2 batang serai -titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari) (Lupa boh dlm gambar) – tumbuk
Cili padi (Ikut Nak Letak Bape) Sy Suka Pedas Sikit – tumbuk
Ketumbar Peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbok (Tapi kan aida xde yang biji.. Tak perasan pula dah habis.. so i pakai yang serbuk la) – tumbuk
Kunyit Serbuk 1 Sudu (yang ni nak bg warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup ok xyah letak dah)
Asam Jawa 1 Sudu Makan
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara
– Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
-Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Tutup Periuk hingga ayam masak.
-Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat..

Kredit resepi ini kpd by Che Eda
daridapuraida.blogspot.com