Bila petang-petang sedap pula nak mengunyah. Kalau bukan goreng pisang, keropok lekor dah jadi kemestian. Tapi bila beli keropok ada jer yang kurang rasa. Lebih baik buat sendiri, puas makan. Simple je buatnya.
KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/ikan sardin
2 cawan tepung sagu ( jika tiada, boleh juga diganti dengan tepung ubi)
CARA MEMBUAT:
1.Cuci ikan bersih2 dan asingkan tulang dengan isi.
2.Masukkan isi ikan dlm blender.. masukkan juga beberapa ketul ais + sedikit garam. Blend lumat!
3.Isi ikan yang telah dikisar tadi digaul bersama tepung sagu. Uli hingga menjadi doh.
4.Tabur sedikit tepung.. then, gentel memanjang mcm ni.
5. Doh yang siap digentel memanjang
6.Masukkan dlm air yang sedang mendidih.. tunggu hingga keropok timbul, baru angkat!
7. Siap!
Kredit : Ilham Media
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Lasagna Roti Yang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
Sedapnya Lasagna Roti ni. Biasanya roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
RESIPI LASAGNA ROTI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek roti – digelek
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang besar – potong dadu
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 1 botol Sos Spageti Leggo’s (napoletana) 575gm
- Sayur campur secukupnya
- Sedikit serbuk lada hitam & serbuk lada putih
- Sedikit tepung gandum
- 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit tepung jagung
- Air secukupnya
- 2 keping Keju cheddar
- Keju mozarella untuk topping
CARA MEMASAK KUAH LASAGNA (MERAH):
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak dan berubah warna.
3. Masukkan sos spageti. Tambah air dalam botol sos spageti tadi sebanyak 1 botol dan tuang sekali.
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano @ mix herbs.
5. Setelah mendidih, masukkan sayur campur. Tambah tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan sikit kuah tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK KUAH PUTIH:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan sedikit tepung gandum. Kacau sampai warna sedikit perang.
3. Masukkan air secukupnya ( anggaran 1 cawan atau lebih. Boleh gantuikan dengan susu.) Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
4. Tambahkan 2 keping keju cheddar. Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( GUNA LOYANG SAIZ 8×8):
1. Sudukan sedikit kuah lasagna di dasar loyang. Kemudian sedikit sos putih.
2. Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
3. Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang tadi.
4. Ulang lagi langkah hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis. Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
5. Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
7. Setelah lasagna masak, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz
Resipi Burger Prosperity Homemade. Lengkap Dengan Cara Buat Patty Daging & Sos Padu
Bila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan Burger Prosperity ni antara yang ditunggu-tunggu. Keenakan daging serta sos lada hitamnya memang memukau. Tapi, jika keluarga besar, agak tinggi kos yang perlu dibelanjakan untuk sajian satu keluarga. Jadi, bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni secara homemade, saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ada kongsi resipinya. Mudah dan lebih jimat. Jom cuba.
CARA BUAT BURGER PROSPERITY HOMEMADE
BAHAN PATTY DAGING:
- 2kg daging kisar
- 300gm serbuk roti (beli online disini)
- 3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
- 1 sudu makan oregano (beli online disini)
- 1 sudu makan basil
- 1 sudu makan (rata) serbuk lada hitam (beli online disini)
- 1/2 sudu makan serbuk lada putih
- 1 sudu makan serbuk perasa ayam (beli online disini)
- 3 sudu makan sos tiram (beli online disini)
- 2 cubit garam (beli online disini)
CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
2. Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70gm. Jika suka yang tebal, boleh timbang 90gm sekeping.
3. Bentukkan ikut saiz yang digemari.
Nota: Jika buat dalam jumlah yang sedikit, boleh bahagikan jumlah bahan ikut berat daging kisar yang digunakan.
BAHAN SOS LADA HITAM:
- 1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus
- 2 hirisan mentega
- 1 sudu makan biji lada hitam – dikisar
- 1 cawan tepung gandum (beli online disini)
- 2 sudu makan kicap pekat (beli online disini)
- 2 sudu makan sos lada hitam (beli online disini)
- Serbuk pati ayam secukupnya (beli online disini)
- 1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga wangi dan agak kekuningan.
2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.
4. Gaul lagi dan sampai jadi seperti dalam gambar di bawah ini.
5. Masukkan air. Bolehlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Boleh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika untuk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Boleh tambah ikut citarasa. Dalam peringkat ni, pelbagai cara anda boleh ‘try & error’ untuk menyedapkan lagi sos.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung.
CARA MENYEDIAKAN BURGER PROSPERITY
BAHAN-BAHAN:
- Patty daging burger
- Sos lada hitam
- Bawang Holland- dihiris
- Roti oblong
CARA MEMASAK:
1. Masak daging burger hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
2. Celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti.
3. Tabur hirisan bawang Holland dengan secukupnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Farid Sham Qaseh Pakcik
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Kari Ayam Guna Rempah Kari Dari Kedai Eco. Ehh…Sedap Rupanya!
Resipi Daging Bakar Rimau Menangis Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official