Duduk saja-saja, dapat kunyah kacang kegemaran pun boleh jadi ralit. Boleh beli tapi tak sesedap yang kita buat sendiri. Buat sendiri,puas hati. Modal tak sampai RM5.Lebih sedap kalau dah masuk peti sejuk kemudian baru makan bila salutan itu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup meresap.Ada juga yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Kacang Kuda
Bahan-bahan:
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
2 atau 3 potong cili kering
Daun kari (ikut suka nak berapa pelepah)
1 sudu bancuhan serbuk (kalau banyak, pahit)
Air
Garam
Cara-cara:
1.Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
2.Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau,
3.Masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang. Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
Kredit: atiqah zaki
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Step By Step Daging Keema. Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow Sedapnya Chocolate Chiffon Cake.
Anda yang teringin buat sendiri, rasanya ia tidaklah remeh sangat jika resipi dan cara membuatnya diikut dengan betul. Maklumlah bila buat sendiri tu puas hati, apatah lagi kalau ahli keluarga suka. Apa tunggu lagi jom cuba.
CHOCOLATE CHIFFON CAKE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
7 biji kuning telur
100ml susu cair putih/coklat
50gm coklat gelap| dicairkan DCC Colatta, dilelehkan
60gm coklat serbuk
60gm minyak masak
1/2 sudu teh coklat pes coklat
220gm tepung Bianca Sponge Cake (Kalau tepung biasa pakai 120gm)
BAHAN B:
7 Biji putih telur
1/4 sudu the garam
1 sudu makan jus limau nipis
1/2 sudu teh cream of tar tar
100gm gula pasir
CARA MEMBUAT:
- Larutkan serbuk coklat di dalam susu cair panas. Tambahkan coklaat gelap dan minyak masak. Aduk rata. Ketepikan.
- Ayak tepung ,tuang sedikit-sedikit ke campuran coklat sambil putar perlahan dengan whisk.
- Tambahkan kuning telur. Adun rata. Ketepikan.
- Kacau putih telur, garam+air jeruk nipis sampai separuh kembang.
- Masukkan gula pasir sedikit-sedikit sambil dikacau sampai bertanduk (jika diterbalikkan tidak jatuh).
- Masukkan bertahap ke adunan tepung dan coklat mengunakan spatula dengan cara kaut balik supaya adunan tidak turun selepas dibakar.
- Tuang dalam loyang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C dengan menggunakan api atas bawah sehingga kek naik dan bahagian atasnya kelihatan berkulit (lebih kurang 15 minit )
- Keluarkan kek dan potong ikut bentuk diinginkan. Kemudian masukkan semula kek ke dalam ketuhar.
- Bakar dengan suhu 150C pula selama lebih kurang 40 minit. Atau hingga kek masak.
Yee Mee Tomyam Seafood, Bangkit Selera Buka Puasa
Yee mee rasanya kenyal sedikit berbanding mi kuning. Sedap tau makan yeemee ni. Cita rasa tomyam pula membangkitkan selera. Haruman bau bunga kantan turut menjadikan rasanya lebih sedap. RASA berikan resipinya untuk anda.
YEE MEE TOMYAM
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
3 Idea Sajian Ayam, Chef Mohd Zamri Kongsi Resipi Lazat Berjus.
Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam dan menu ini sesuai untuk berbuka.
Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.
Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.
1.BEGEDIL AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Bahan begedil :
- 100gm isi ayam ayam | dicincang
- 4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
- 100gm serbuk keju Parmesan
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
- 80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
- ½ sudu teh serbuk perasa
- 50gm tepung gandum
- 2 biji telur | dipukul sedikit
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos :
- 80gm tepung keju segera
- 150ml air panas
CARA MEMASAK:
Cara membuat begedil:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering.
2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng.
4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.
Cara membuat sos keju segera :
1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 50 minit
Cara memasak : Menggoreng
Jenis masakan : Sajian asia fusion
Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan
INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.
2.CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH
BAHAN-BAHAN :
- 4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
- 50gm daun bayam | direbus hingga masak
- 60gm zucchini | dipotong nipis
- 100gm bawang Holland | dicincang
- 30gm bawang putih | dicincang halus
- 350gm krim masakan
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh lada sulah
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara membuat Casserole Ayam:
1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah
2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan.
4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar.
5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus.
6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit.
7. Boleh dihidangkan semasa panas.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Bakar dalam ketuhar
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam
INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.
HONEY LEMON CHICKEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan honey lemon :
- 70gm madu
- 300gm jus lemon
- 70gm sos plum
- 20gm tepung jagung
- Garam secukup rasa
Bahan ayam :
- 4 ketul drumstick ayam
- 4 keping kepak ayam
- ½ labu bawang Holland | dicincang halus
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Cara membuat sos honey lemon:
1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk
Cara membuat honey lemon chicken:
1. Ayam dibasuh dan keringkan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam.
3. Selepas itu masukkan sos honey lemon
4. Kacau hingga sos melekat pada ayam
5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit
6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan,
7. Hidangkan ketika panas bersama sos.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 – 45 minit
Cara memasak : Tumis dan Bakar
Jenis masakan : Sajian Asia
Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.
INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS