Dapat merasa kek yang disukai tentulah nikmat rasanya. Kalau dah suka sangat, sibuk mencari resipi untuk membuatnya sendiri.Tambah lagi jika bahan yang diperlukan tidak banyak, lagi mudah untuk membuatnya. Jika suka cheesecake, boleh ikut resipi mudah ini, guna tiga bahan sahaja.

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

 

Resipi Cheesecake Lembut Gebu.Hanya Guna 3 Bahan

CARA MEMASAK:

1. Pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat.Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan telur putih & pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

IKLAN

4. Campurkan semua bahan sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath. Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

IKLAN

7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

MEMANG GEBU & LEMBUT!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

IKLAN

Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Nurul Ain Ridzwan

INGIN MEMBELI OVEN BARU , BOLEH LIHAT DI SINI.

Cara Buat Agar-Agar Lumut Gula Merah Paling Simple & Sedap.

Resipi Membuat Muffin Jagung Lembut & Moist, Idea Jualan Secara Online

https://www.rasa.my/blueberry-cheesecake-cair-di-mulut/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI