Sempena Hari Malaysia hari ini, sajian yang dipaparkan netizen begitu kreatif berinspirasikan Jalur Gemilang Buat Nor Al Fatihah dia juga tidak ketinggalan menceriakan dan membangkitkan semangat Hari Malaysia dengan menghasilkan ais krim dan biskut berimejkan bendera tercinta Jalur Gemilang.

Menurut Nor Al Fatihah dalam laman FB nya,

Semangat & excited lagi buat kuih-kuih bentuk bendera Malaysia. Hari lepas kita buat dessert, petang tadi kita buat cookies pulak. Sebenarnya anak dara yang bongsu tu mintak maknya buat rainbow cookies ni dari minggu lepas dah. Pastu mai la terpikir idea nak buat bentuk jalur gemilang/bendera Malaysia . Kita tak guna pun sebarang acuan tau untuk cookies tu , cuma pipe je guna piping beg atas dulang pembakar.”

Cantik kan hasil air tangannya, Jom kita cuba resipi yang dikongsikannya. Gerenti sedap ni…

RED VELVET ICE CREAM FLOAT


BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm biskut marie munchys -di patahkan
  • 1 1/2 cawan non dairy whipping cream
  • pewarna merah, biru & kuning
  • 4 sudu besar marjerin/mentega
  • 1 sudu teh red velvet emulco


CARA MEMASAK :
1. Pukul non dairy whipping cream hingga kental. Simpan dulu di dalam peti ais
2. Blend biskut marie hingga halus.
3. Cairkan marjerin/mentega dengan 2 sudu teh pewarna merah. Campurkan ke dalam biskut dgn red velvet emulco sekali. Kisar semula hingga warna sebati dengan biskut
4. Bahagikan fresh krim kepada4 bahagian. Setiap satu dicampur dengan pewarna merah, biru & kuning, satu bahagian dibiarkan putih/plain. Masukkan ke dalam piping bag
5. Picit krim putih dulu ke dalam cawan. Diikuti dgn biskut. Lapiskan langkah yang sama hingga 3/4 penuh cawan.


6. Picit pula krim biru. Akhir sekali, picit krim kuning menjadi bentuk bulan & bintang. Simpan di dalam peti ais.


RAINBOW COOKIES JALUR GEMILANG

IKLAN


BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 175gm gula kastor
  • 100ml putih telur (saya guna 3 biji telur gred B)
  • 200gm tepung gandum*
  • 50gm tepung jagung*
  • 1/4 sudu teh emplex*
  • (kali ni empunya resipi tak letak emplex, boleh skip ye,biskut tetap rangup)
  • (bahan bertanda * di ayak)
  • pewarna merah & biru
  • manik gula warna kuning (utk hiasan)

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega & gula sampai berwarna putih. Kemudian, masukkan putih telur. Pukul lagi hingga kembang


2. Masukkan bahan-bahan yang diayak. Kaup balikkan dengan spatula hingga sebati


3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dibiarkan putih. Dua lagi dicampur dengan pewarna merah & biru. Masukkan ke dalam piping beg

4. Gris sedikit mentega pada dulang pembakar & alas dengan baking paper.
5. Mula-mula paipkan adunan biru dulu di tengah-tengah. Kemudian picit adunan merah & putih di kelilingnya secara berselang seli. menjadi bentuk bunga. Hias manik kuning di atas adunan biru tadi sebagai bulan & bintang.


6. Bakar pada suhu 140•c selama 10-15 minit @ ikut kesesuaian oven masing2.
7. Empunya resipi bakar api bawah dulu 140•c selama 4-5 minit di rak tengah,kemudian api atas saja pada suhu 120•c selama 2-3 minit di rak paling bawah.


.

Kredit foto & Resipi : Nor Al Fatihah

 

INGIN MENCARI PETI SEJUK TERKINI, UNTUK MEMBUAT AIS KRIM JALUR GEMILANG, JOM DAPATKAN PELBAGAI PILIHAN DI SINI.

ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Idea Menu Potluck Sedap Sempena Cuti Hari Merdeka

Chef Sue Share 5 Resipi Warisan Bonda Tercinta Sempena Bulan Merdeka.

Koleksi Resipi Masakan Guna Ubi Kayu. Makanan Popular Nostalgia Zaman Jepun.