Ni snek paling sekejap buatnya. Rangup dan manis dengan badam, kuaci dan bijan bersama tepung florenta memang laris kalau buat jualan ni. Kraap…krupp mengunyahnya.

Badam dan kuaci dibakar dulu. Kemudian dah sejuk baru gaul dengan tepung florenta. Kalau takde tepung ni tak sempurna bepang badam ni.

Tepung florenta ni harganya mahal sikit sebab itu lah dijual dalam gram. 500gm kat hampirr RM19 harganya. Tepung atau serbuk ni lah yang melekatkan hirisan badam, kuaci dan bijan tu.

Jom cuba resipi yang dikongsikan di laman FB : Masa apa ye ?. Tapi ingat masa buat ni jangan leka sebab ia cepat masak.Ok ni resepinya:

CRUNCHY CARAMEL ALMOND

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm serbuk @ tepung  florenta 
  • 500gm hirisan badam
  • 200gm kuaci hijau (biji labu)
  • 100gm kuaci putih ( biji bunga matahari)
  • 20gm bijan putih
  • 20gm bijan hitam

*Gunakan kertas cup cake yang licin dalamnya, size L (ada lapisan plastic biasanya bercorak polka dot. Boleh guna 60 keping.Senang nanti boleh isi banyak-banyak dulu.

CARA MEMASAK :

  1. Bakar hirisan badam dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit. 
  2. Kemudian bakar kuaci hijau dan putih campurkan dan ratakan dalam dulang dalam 5minit.
  3. Bijan hitam dan putih pun saya bakar 3 minit bagi wangi.
  4. Sejukkan semua betul-betul dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta.

Foto : Bila dapur busu berasap

5. Gaul sehingga sama rata.

6. Sudukan guna sudu besar ke dalam kertas cup cake ratakan. Tak nipis dan tak terlalu tebal

7. Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, jadi bakar yangg pertama tu rajin-rajin tengok, bila dah kekuningan keluarkan dari oven. 

8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Kertas cup cake boleh guna semula untuk round seterusnya.

9. Simpan dalam bekas kedap udara. 

10. Selesai semua boleh simpan dan guna semula kertas cup cake tu..

Ni dia tepung florenta.. ada macam-macam jenama

Buat jualan untuk puasa nanti, pasti laku keras…

Sumber : FB : Masak apa ye ?