Ayam adalah satu-satunya masakan yang mudah dimasak dengan pelbagai menu dan sedap. Sebab itulah anak-anak sangat menggemari ayam dan ibu bapa kerap membeli ayam dalam kuantiti banyak dan simpan untuk stok dalam peti sejuk. Oleh itu anda perlu tahu cara frozenkan ayam dengan betul, agar isi ayam kekal segar dan segala kandungan zat di dalamnya tidak hilang semasa disimpan dalam peti sejuk.
Ini petuanya ye…
- Selepas pulang dari pasar, segera bersihkan ayam dan simpan terus dalam peti sejuk. Jangan biarkan terdedah terlalu lama pada suhu bilik.
- Simpan ayam dalam bahagian yang sejuk beku atau yang paling sejuk.
- Jika anda tidak sempat mencuci ayam yang dibeli dan terus simpan dalam peti sejuk, pastikan ia tidak lebih dari dua hari.
- Ayam yang sudah dimasak boleh juga disimpan dalam peti sejuk tetapi tidak lebih dari dua hari juga.
Diharapkan tip ini memberi info yang betul tentang cara menyimpan ayam agar dalam keadaan segar dan segala zat di dalamnya juga kekal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Naikkan Aroma & Masakan Jadi Lebih Sedap.
Bila aroma masakan mula menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan. Di sebalik semua ini, rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yang anda lakukan bagi memastikan masakan lebih sedap menyelerakan.
Titik – Serai, Halia Dan Lengkuas
Bahan penumis segar seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dalam masakan, terutama masakan yang berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dengan cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.
Sangai (goreng tanpa minyak)
Rempah ratus berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dalam masakan. Dengan berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap. Rempah ratus yang telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.
Dibakar –Belacan
Belacan sangat kuat baunya. Tetapi untuk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan. Mudah caranya, cucuk pada garpu atau lidi kemudian bakar menggunakan api dapur hingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yang lebih menyerlah.
Koyak Atau Carik– Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.
Masakan yang ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, untuk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dalam masakan. Tujuannya untuk mengeluarkan baunya agar sebati dalam masakan. Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yang segar dan wangi.
Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi
Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih boleh dimasukkan dalam masakan dengan cara menyimpul dan masukkan dalam masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.
Dilarutkan – Asam Jawa
Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dengan air suam sebelum sedia dimasukkan dalam masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dengan masakan dan memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yang dijual dalam bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.
Diharapkan dengan sedikit makluman ini, anda boleh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.
Selamat mencuba!.
Jamu Ekstrak Peria Katak Homemade. Petua Kurangkan Kencing Manis
Selain faktor keturunan banyak faktor penyebab lain yang menyebabkan kencing manis antaranya pemakanan. Kencing manis adalah penyakit yang boleh membunuh dalam senyap selain jantung dan darah tinggi. Jamu adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan untuk mencegah dan mengawal kencing manis.
JAMU EKSTRAK PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN
- Peria katak
- Halia
- Bawang putih
- Epal hijau
- Ibu Kunyit
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Hiris nipis-nipis semua bahan-bahan. Jemur bagi keringkan bahan.(Selain jemur boleh gunakan mesin). Sukatannya agaran sebanyak macam dalam gambar.
2. Kisar semua bahan yang sudah kering. Kisar kasar seperti ini boleh bancuh dengan air panas dalam satu gelas.
3. Boleh juga kisar halus dan masukkan ke dalam kapsul. Mudah untuk di telan.
4. Masuk bahan-bahan yang dikisar halus dalam kapsul.
5. Mampatkan biat betul-betul padat.
INFO:
- Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd atau Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia.
- Peria katak tinggi fiber, mineral & anti-oksidan. Mempunyai Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah.
- Kebaikkan epal hijau tinggi serat, anioksidan, kaya dengan sumber mineral dan vitamin.
- Kelongsong kapsul boleh dibeli di farmasi.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nur Airiz Faudzan
Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging Menggunakan Tepung Gandum!
Daging sering digunakan dalam pelbagai menu masakan antaranya ialah rendang, stew, daging bakar dan sebagainya. Namun, daging boleh menjadi kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk sekiranya tersalah cucian atau potongan. Sekaligus mempengaruhi rasa masakan. Jom kita lihat langkah-langkah mencuci daging untuk menghilangkan bau hamis daging.
Bahan-Bahan
- Tepung gandum
- Asam keping
Cara Penyediaan
Dah siap potong daging, letak tepung gandum. Biasanya kalau 2kg = 1 senduk tepung.