Buat yang menjaga makanan atau dalam erti kata lain mengamalkan pemakanan yang sihat, pastinya masakan yang dimakan, dipantau jumlah kolesterolnya. Kadar pengambilan minyak dalam setiap masakan dikurangkan malah lebih baik memilih masakan yang tidak menggunakan minyak. Banyak menu yang boleh anda buat antaranya adalah seperti berikut;
SIAKAP STIM LEMON
BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
CARA MEMASAK:1.Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.2.Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.3.Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.

4.Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.

5.Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.

6.Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.

7.Kukus kembali selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.

IKAN KUKUS KICAP BERHALIA

BAHAN-BAHANNYA:
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMASAK:
1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan.

2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit.

3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 – 20 minit atau hingga ikan masak.

4.Hidangkan segera.

TELUR KUKUS MAYONESE

Bahan Bahan:
5 biji telur
1 biji bwg besar – dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah – dipotong dadu
Daun bawang – dipotong halus
Garam
Mayones
Keju cheese

CARA MEMASAK: 

1. Masukkan telur dalam bekas dan pukul seketika.

2. Masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam, kacau hingga sebati. Masukkan mayones dan cheese. Kacau seketika.

3. Masukkan adunan telur tersebut dalam bekas dan kukus selama 10 minit.

4. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidang

IKAN ASAM REBUS
Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai – 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa
Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar – 1 labu
Bawang putih – 2 ulas
Belacan – setengah inci
Kunyit – setengah inciCARA MEMASAK:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah dikisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk dihidang.
IKAN BAWAL KUKUS PEDAS
Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam
CARA MEMASAK:1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.