Penggemar makanan laut pasti tidak menolak jika dihidangkan dengan masakan ketam, sotong dan kerangan. Jika diolah dengan betul  pelbagai variasi resipi boleh dimasak. Makanan ini banyak mengandungi kolesterol sehingga tidak semua orang dapat menikmatinya. Makanan laut juga mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh. Banyak zat yang terkandung di dalamnya. RASA kongsi resipi masakan laut yang boleh dinikmati sekeluarga.

Resipi Masakan Laut Kesukaan Ramai Dan Mudah Masak

SAMBAL TAHUN KERANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500ml santan pekat
  • 500gm isi kerang
  • 300gm lengkuas muda | hiris nipis
  • 100gm ikan bilis
  • 20 tangkai cili padi
  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk lumat.
  2. Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan lengkuas, cili padi dan sedikit air. Didihkan hingga lengkuas empuk.
  4. Masukkan santan, isi kerang, air asam jawa dan cili padi. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak sebati. Gunakan api kecil.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: Lauk pauk
Keistimewaan: Ada rasa lemak, pedas
Jenis masakan: Bergoreng
Cara memasak: Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM18

Resipi Masakan Laut Kesukaan Ramai Dan Mudah Masak

KETAM TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 ekor ketam | dipotong empat
  • 1 biji ubi kentang | dipotong dadu
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1/4 cawan puri tomato
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 800ml air
  • 200ml krim masakan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak jagung secukupnya

BAHAN TUMBUK:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 15 biji lada putih

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan sedikit minyak jagung dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
2.    Masukkan puri tomato, sos cili dan gula melaka. Masak sehingga memekat.
3.    Masukkan air dan ubi kentang. Setelah ubi kentang kelihatan agak empuk, masukkan ketam.
4.    Reneh dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.
5.    Akhir sekali, masukkan krim masakan, garam dan serbuk perasa.
6.    Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Masakan Laut Kesukaan Ramai Dan Mudah Masak

LALA GORENG CILI PADI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm lala | dibersihkan
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 50ml air
  • 1 batang bunga kantan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.    Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
2.    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
3.    Masukkan cili padi dan bunga kantan.  Tumis sehingga wangi.
4.    Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
5.    Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
6.    Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Masakan Laut Kesukaan Ramai Dan Mudah Masak
SOTONG SERAI BERSANTAN 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm sotong segar
  • 20gm serbuk santan
  • 4 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 7 ulas bawang merah | dhiris halus
  • 4 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 2 batang serai | dihiris halus
  • 9 biji cili padi | dititik
  • 2 biji limau nipis | diambil jus
  • 10 helai daun ketumbar | dihiris
  • 2 sudu makan sos ikan Thai
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 4 biji cili hijau | dihiris
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili merah | dihiris
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit.
3. Masukkan santan. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.
4. Hias dengan hirisan cili merah. Sedia untuk dinikmati.

 

Resipi Masakan Laut Kesukaan Ramai Dan Mudah Masak
GULAI KERANG BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kerang | dibersih dan toskan
  • 500ml santan
  • 3 batang serai | dititik
  • 1 hirisan lengkuas |dititik

BAHAN KISAR KASAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia muda
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan bahan-bahan lain kecuali kerang.
  2. Masak menggunakan api sederhana, sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
  3. Apabila kuah mula mendidih masukkan kerang, garam dan gula secukup rasa.
  4. Selepas dua atau tiga minit, kerang terbuka. Angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI