Minat membakar kek ini tidak ada pada semua orang. Kalau sudah jadi minat, boleh dikata tiap hari ada saja kek yang mahu cuba dibuat. Membakar kek pun kenalah ada ilmu supaya kek yang dibuat, bila dimakan tidak lah teruk sangat rasanya. Contohnya pemilihan ketuhar dan tahap kepanasan nya perlu diambil kira agar pembakaran kek gebu seperti mana yang diinginkan. Buat yang mahu mencuba min kongsi resipi kek mudah untuk dicuba. Ada yang dibakar guna ketuhar dan paling ringkas guna pemanggang ajaib.

Aneka Kek Mudah Buat Dan Sedap Rasa

KEK COKLAT MOUSSE SIMPLE


BAHAN-BAHAN
BAHAN KERING

•    1 1/2 cawan tepung gandum
•    1 cawan serbuk koko
•    2 sudu baking powder
•    1 sudu soda bikarbonat

BAHAN BASAH

•    1 cawan gula halus
•    1 cawan minyak
•    3 biji telur gred A
•    1 sudu esen vanila
•    1 cawan susu cair

CARA-CARA
1.    Ayak bahan kering dan ketepikan
2.    Pukul bahan basah hingga sebati kecuali susu.
3.    Setelah sebati masukkan separuh bahan kering dan pukul sekejap.
4.    Masukkan pula susu cair dan pukul sebati.
5.    Masukkan baki bahan kering dan pukul sebati (tak perlu pukul lama)
6.    Tuang dalam acuan dan bakar. Boleh bakar sekali dan potong jadi 3 bahagian atau bakar secara berasingan hingga masak. (Suhu bergantung dengan oven masing-masing)

CHOCOLATE MOUSSE

•    250gm coklat masak
•    3/4 cawan susu cair
•    2 sudu marjerin
•    1 1/2 sudu gelatin
•    3 sudu air
•    400ml whip cream pukul hingga gebu (ketepikan)

CARA-CARA

1.    Cairkan coklat masak, susu cair dan marjerin dengan api perlahan. Ketepikan dan biar hingga sejuk sedikit.
2.    Campur gelatin dan air biarkan 2-3 minit dan cairkan secara double boiled.
3.    Kaup balik campuran coklat dalam whip cream dan masukkan gelatin. Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4.    Susun lapisan pertama kek di bahagian bawah loyang(loyang springfom) Tuang sebahagian coklat mousse dan ratakan
5.    Susun pula lapisan kedua kek dan diikuti lapisan kedua coklat mousse
6.    Susun lapisan kek yang terakhir dan bungkus dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
7.    Bila dah set tuangkan coklat ganache di bahagian atas kek atau hias ikut suka
8.    Siap untuk dihidang.

Kredit: Viviana Rose


 

Aneka Kek Mudah Buat Dan Sedap RasaKEK SPAN PANDAN OGURA

BAHAN-BAHAN:

Bahan A

IKLAN
  • 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
  • 65gm minyak jagung
  • 90gm susu segar / santan
  • 2 sudu besar pes pandan
  • 70gm tepung naik sendiri atau tepung kek

Cara-Cara:

  1. Kacau telur dengan menggunakan pemukul putar. Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.
  2. Masuk susu atau santan dan pes pandan. Kacau seketika.
  3. Masukkan tepung dan kacau sampai sebati. (Sebelum itu tepung di ayak)
  4. Kalau masih berketul tapis adunan.

Bahan B

  • 5 biji putih telur gred A
  • 70 gm gula halus/ gula kastor

Cara-cara:

  1. Pukul telur putih dalam mangkuk bersih dan kering.
  2. Sambil pukul masukkan gula sedikit demi sedikit
  3. Pukul sampai jadi meringue yang soft peaks.
  4. Masukkan 1/3 meringue ke dlm mangkuk kuning telur (bahan A) tadi dan kacau sebati (perlahan-lahan)
  5. Masukkan pula semua ke dalam baki putih telur tadi.
  6. Kacau sampai semuanya sebati dan tuang ke dalam loyang 7″ yang di lapik dengan baking paper sekelilingnya
  7. Hentak-hentakkan loyang dulu untuk mengeluarkan udara yang ada dalam adunan.
  8. Bakar cara waterbath iaitu letak air panas dalam loyang lain selama 1 jam. Pada 30 minit pertama bakar pada suhu 160°, 30 minit terakhir 140°
  9. Bila kek sudah masak jangan keluarkan terus, renggangkan pintu oven selama 10 minit
  10. Akhir sekali terbalikkan kek atas redai untuk disejukkan

Loyang di hentak perlahan untuk mengeluarkan gelombang udara didalam adunan.

Proses Waterbath – Loyang di letak atas dulang yang berisi air panas

Kredit: Zaimah Zakaria

Aneka Kek Mudah Buat Dan Sedap Rasa

KEK MINYAK PELANGI 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh ovalette
  • 5 biji telur
  • Pewarna (ikut warna pilihan )

CARA MEMASAK:

1.    Pukul telur, gula kastor dan ovalette sampai kembang. ( pakai blender je pun boleh)

2.    Masukkan susu pekat dan esen vanilla.

3.    Masukkan minyak dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

4.    Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Kemudian warnakan dengan pewarna pilihan.

5.    Tuang adunan ke dalam pemanggang ajaib secara berselang-seli.

IKLAN

6.    Masak menggunakan api dapur yang paling kecil. Anggaran masa memasak adalah 40 minit.

Kredit resipi & gambar: Nurul Wahida Repaie via MAHN

Aneka Kek Mudah Buat Dan Sedap Rasa

KEK PELANGI KRIM MENTEGA

BAHAN-BAHAN:
KEK SPAN

  •  500gm tepung kek span vanila
  •  500gm telur
  •  125gm air
  •  125gm minyak jagung
  •  5ml esen vanilla

KRIM MENTEGA

  •  750gm mentega
  •  250gm gula aising
  •  15ml esen vanilla
  •  25gm susu pekat manis

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan telur dan tepung. Putar pada kelajuan tinggi selama 7-8 minit.
  2. Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan air dan esen vanilla.
  3. Seterusnya, masukkan minyak jagung dan gaul sebentar.
  4. Asingkan kepada lima bahagian untuk lima warna (ungu, biru, kuning, oren dan merah).
  5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
  6. Setelah masak, sejukkan di atas redai.
  7. Untuk menyediakan krim mentega. Pukul mentega sehingga kembang pada kelajuan tinggi.
  8. Campurkan esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  9. Kemudian masukkan gula aising, gaul sebati pada kelajuan tinggi selama lima minit.
  10. Cara untuk melapis. Letakkan lapisan ungu dan ratakan krim mentega di atasnya, seterusnya gunakan cara melapisan yang sama untuk warna biru, kuning, oren dan merah.
  11. Akhir sekali ratakan krim mentega pada seluruh permukaan dan di sekeliling kek.
  12. Hias ikut cita rasa anda.

Info Chef: Bahan hiasan dan warna lapisan ikut cita rasa anda atau permintaan anak-anak.

Aneka Kek Mudah Buat Dan Sedap Rasa

KEK KEJU OREO (TANPA BAKAR)

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm yogurt perisa asli
  • 250g krim keju (cream cheese)
  • 2 ½ sudu kecil gelatin
  • 100ml air
  • 75gm gula kastor
  • 200gm biskut oreo ] hancurkan halus-halus
  • 80gm mentega ] cairkan
  • 40gm biskut oreo ] pecah-pecahkan kasar
  • Sedikit biskut Oreo untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Biskut oreo halus disatukan dengan mentega. Tuang dan padatkan pada permukaan bawah loyang springform bersaiz 7 inci diameter.
  2. Gelatin dimasukkan ke dalam air. Kacau dan biarkan selama 5 minit. Panaskan menggunakan teknik ‘double-boil’ sehingga cair dan lut sinar. Ketepikan.
  3. Pukul krim keju dan gula hingga sebati. Masukkan yogurt dan gelatin. Tambah dengan Oreo yang dipecah-pecahkan kasar. Kacau dengan menggunakan spatula.
  4. Tuangkan ke dalam loyang, hias dengan biskut oreo di bahagian atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  5. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI