Zaman dulu-dulu agar-agar sirap rose atau dipanggil lengkong ni memang jadi menu ‘wajib’ di majlis keraian dan Hari Raya. Aroma pandannya memang buat terliurlah.

Tapi agar-agar siap rose ni dah tenggelam dek penemuan pudding dan agar-agar pelbagai rupa yang menarik dan warna-warni. Yang geli hatinya bila dihidang pada anak-anak muda berebut depa memakannya.

Jom kita cuba agar-agar legend yang resipinya dikongsikan dalam FB Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dahlah bahan-bahannya murah aje, buatnya pun punyalah mudahnya

AGAR-AGAR SIRAP ROSE


.

BAHAN-BAHAN :
1 paket agar- agar tali(25 gm)
2 liter air
3-4 helai daun pandan
2 cawan gula
1 ketul gula batu saiz setengah ibu jari
3 sudu teh sirap rose

CARA MEMASAK :
1. Rendam agar-agar hingga lembut
2 . Masak dengan 2 liter air dan pandan
3. Bila mendidih dan pastikan semua agar- agar sudah larut, baru masukkan gula dan sirap rose


.

4. Tapis dan bekukan dalam loyang @ bekas. Sedap dimakan sejuk-sejuk ni.

Kredit resipi : Wan Muhammad Hafiz Satar