Sedapnya Agar Agar Kelapa Muda. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan manisan ini tidak banyak tapi bila buat, nah dapat satu loyang. Rasa pun sangat enak lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Nak cuba? Saudari Jes Thamada kongsikan resipinya. Sangat ringkas. Anda pasti sukakan rasanya. Selamat mencuba!
RESIPI AGAR AGAR KELAPA MUDA MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 pek serbuk agar agar (10g) – beli online disini 1 biji air kelapa muda 2 biji isi kelapa (untuk isi, guna 2 biji kelapa sebab satu biji tak cukup isinya untuk satu loyang) 1 liter air (termasuk air kelapa tadi) 1/2 cawan gula – beli online disini 1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1.Sediakan periuk dan masukkan air, gula, daun pandan dan serbuk agar agar. Kacau sehingga air menggelegak dan semua bahan larut sepenuhnya. 2. Masukkan air kelapa dan kacau lagi seketika. Tutup api. 3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang saiz 22 cm. 4. Akhir sekali masukkan isi kelapa. Biarkan agar agar sejuk dulu barulah dimasukkan ke dalam peti untuk dibekukan. 5. Bila agar-agar sudah beku sepenuhnya, potong mengikut saiz kegemaran dan bolehlah dinikmati.
Bila petang macam gini, pasti mulut rasa nak mengunyah yang manis. Min cadangkan buat resipi kuih lapis coklat pandan yang pasti korang suka. Boleh layan makan , gabungan pandan dan coklat memang harum jer . Bolehlah cuba nanti .
KUIH LAPIS COKLAT PANDAN
BAHAN A 💚2cwn tepung beras(cap teratai…kompem kuih jd comey😍) 💚1cwn tepung gandum 💚2sb tepung jagung 💚2cwn santan 💚1sk garam
BAHAN B 💜1tin susu cair 💜1cwn santan 💜1¹/⁴cwn gula pasir(makna kata 1cwn lebih ckit ja) 💜2helai daun pandan(simpul)
BAHAN C 💛3sb serbuk koko+ 4sb air suam =kacau biar sebati 💛1sk pewarna hijau(nak terang lagi..bleh tambah lagi)
👉Kalau betul2 ikut sukatan ni mmg akan dapat kuih lapis yg cun😍😍😍
Cara memasak: 👉Satukan semua bahan B…masak atas api sambil2 kacau smpai gula hanco yea… 👉Ketepikan bahan B yg dimasak td…. biar suam2 ckit… 👉Pas tu… masukkan semua bahan A dalam bekas…kacau2 biar sebati… 👉Bila bahan B yg kita masak td dah suam.. 👉Campokan bahan A dan B…kacau sebati dan tapis.. 👉Bahagikan adunan kepada 2bahagian 👉Satu adunan letak serbuk koko yg dibancuh td(kacau sebati) 👉Satu adunan lagi masukkan pewarna hijau
Panaskan kukusan…
Penutup kukusan tu kene bungkuih na..xmo bg air wap menitik…
Letak loyang yg dah disapu minyak dalam kukusan biar panas jap…
Pas tu tuang adunan selapis selapis… 👉 Mula2…tuang warna coklat dulu selapis… cikpooja guna senduk bulat yg besar tu… 👉Tuang tu haruslah rata dalam loyang yea… 👉KUKUS DALAM 5 MINIT TUK SETIAP LAPISAN…API SEDANG2 JE YEA… 👉Dah cukup 5mnit…bukak kukusan..pas tu tuang yg ijau plak…tutup n kukus lagi 5mnit… 👉Ulang langkah tuang selapis2 smpai habis adunan… 👉Utk adunan yg terakhir…..kukus selama 20minit yea… 👉Dah siap masak…keluarkan kuih lapih kite dr kukusan…sejukkan dulu yea…baru bleh dipotong2 menggunakan pisau plestik😁…alaaaa pisau potong kek tu.. 👉Dah tu….bleh la ngap😋😋😋
Selamat mencuba yea…
Resepi mudah n simplelicious ikhlas dari hati byCikpooja 😋
Sedap yakmat ampa tau dak😍😍😍
Minum petang ni anak-anak teringin kek. Buat comel-comel kek kukus memang layan,anak-anak pasti suka. Kalau rasa manis kurangkan kemanisannya.
Kek Red Velvet Chocolate Kukus
Bahan-bahan:
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1 cawan susu cair
*1 cawan susu pekat manis
3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air)
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil soda berkarbonat
*1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkan gula)
Serbuk koko secukupnya
Red velvet emulco secukupnya
Chocolate emulco secukupnya
Sedikit garam
*Sedikit esen vanilla
Cara membuat:
1.Kisarkan semua bahan bertanda*
2.Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.
3.Setelah itu, masukkan bahan yang dah kisarkan tadi ke dalam besen tepung gandum. kacau mesra.
4.Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasinganmasukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan chocolate emulco masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit chocolate emulco
4.Sapukan minyak masak pada acuan.
5.Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.
Siapa suka Cucur Badak, kuih tradisi ini antara kuih yang memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sentiasa menjadi carian untuk kudapan sarapan mahupun minum petang. Tapi semakin hari kuih ini semakin mahal harganya. Kalau korang peminat kuih ini mesti 2-3 biji tak cukup. Apa kata korang buat sendiri kuih ini.
CUCUR BADAK BAHAN-BAHAN:
INTI:
1/2 biji kelapa parut | putih sahaja
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh air asam jawa
3 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 cm halia | kisar
1 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
DOH:
250gm keledek | rebus dan lenyek
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kisar bersama kelapa parut, pes cili, garam, gula dan air asam jawa.
Gaul rata, kemudian rasa jika tidak cukup garam atau gula boleh tambah lagi (inti ini sedikit manis).
Panaskan 1 sudu minyak masak dalam kuali, kemudian masukkan inti yang sudah digul rata tadi.
Kacau hingga Sedikit garing,
Tutup api dan ketepikan.
Gaulkan tepung bersama garam halus.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas berisi keledek yang telah dilenyek.
Uli hingga menjadi doh lembik dan tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit doh sebesar bola pingpong, leperkan dan masukkan inti di tengah kemudian bulatkan semula dan leperkan sedikit. Lakuka hingga habis adunan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!