Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lebih lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada perisa buah , pandan, jagung, coklat, mocha apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus.

Ikuti ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi,penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resipi kek kukusnya.

1. KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA

 Bahan-bahan :

Bahan A :

  • 4 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 100 gm gula kastor
  • ½ sudu kecil garam

Bahan B :

  • 125 gm tepung  gandum | diayak
  • 25 gm tepung jagung | diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan C:

  • 25 ml susu segar
  • 25ml perahan air daun pandan

Bahan D :

  • 35 ml minyak jagung/masak

Bahan untuk topping :

  • 400gm whipping cream/fresh cream
  • 20 gm gula aising
  • 10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
  • Sedikit gula Melaka | telah dicairkan. 

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
  2. Pukul Bahan A hingga kembang
  3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
  4. Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.

Buat topping :

  1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
  2. Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
  3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.

Saiz hidangan: 1loyang bulat 15 sm @ 6 inci

Waktu memasak: 15- 20 minit

Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka

INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.

2. KEK KUKUS MARBLE ZEBRA

 BAHAN-BAHAN :  

Bahan A:

  • 8 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 115 gm gula kastor
  • ½ sudu makan ovalet

Bahan B:

  • 130 gm tepung gandum    }diayak sekali dengan serbuk penaik
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 100gm minyak jagung/masak
  • 25 ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • ½ sudu teh kopi emulco

CARA MEMASAK :

  1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas.  Tidak perlu disapu mentega.
  2. Pukul Bahan A hingga kembang
  3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
  4. Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
  7. Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
  8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar  bulat 20 sm

Waktu memasak: 20 minit

Keistimewaan :  Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar.

INFO CHEF : Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.

3. KEK KUKUS COKLAT BADAM

 BAHAN-BAHAN :

Bahan A

  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 75 gm gula kastor

Bahan B:

  • 65 gm tepung gandum | diayak
  • 25gm serbuk badam | diayak
  • 15gm serbuk koko | diayak
  • ¼ sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 65 gm coklat gelap compound/ coklat masakan | dicairkan
  • 50 ml susu segar
  • 25 ml minyak jagung/masak

Bahan topping :

  • 400 gm whipping cream/fresh cream
  • 20 gm gula aising
  • 50 gm Nutella

CARA MEMASAK :

Kek :

  1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas.  Tidak perlu disapu mentega.
  2. Pukul Bahan A hingga kembang
  3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar  Gaul hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.

Topping :

  1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
  2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
  3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar  bulat 20 sm

Waktu memasak: 20-25 minit

Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.

INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.

4. KEK KUKUS BUAH

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 310 gm gula kastor
  • 60 gm air panas
  • 250 gm mentega
  • 500 gm buah-buahan campur
  • 1 sudu teh krim tartar
  • 2 sudu teh baking soda

Bahan B:

  • 350 gm tepung gandum | diayak
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh oren emulco

CARA MEMASAK :

  1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas.  Tidak perlu di sapu mentega.
  2. Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
  3. Masukkan mentega dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
  5. Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
  8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
  9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm

Waktu memasak: 4 jam

Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan.

INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.

5. BROWNIES KUKUS KEJU

BAHAN-BAHAN:

 Bahan A :

  • 115 gm putih telur
  • 110 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalet

Bahan B :

  • 80gm tepung  gandum | diayak
  • 20gm serbuk koko | diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
  • 70 ml minyak jagung/masak
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 4 keping keju cheddar
  • 50 gm cip coklat
  • Sedikit parutan keju | untuk hiasan

CARA MEMASAK :

  1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
  2. Pukul bahan A hingga kembang
  3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
  4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit.  Setelah masak  keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat.  Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese,  dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
  8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm

Waktu memasak: 30 minit

Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.

INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari kukusan supaya brownies tidak basah.

6. KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC

BAHAN-BAHAN :

 Bahan A :

  • 8 biji telur
  • 200 gm gula kastor
  • 1 sudu makan ovalet

Bahan B :

  • 200 gm tepung gandum | diayak
  • 40 gm susu tepung | diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik | diayak

Bahan C :

  • 200 gm mentega
  • 2 ½ sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil pes mocha
  • 200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
  • Serbuk koko untuk di tabur

CARA MEMASAK :

  1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang  bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas.  Tidak perlu di sapu mentega.
  2. Pukul Bahan A hingga kembang
  3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
  4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha.
  5. Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata.
  6. Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit.
  7. Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur.  Kukus lagi selama 5 minit. 
  8. Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit.
  9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.

Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm

Waktu memasak: 30 minit

Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya

INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.

7. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 6 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 75 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalete

Bahan B :

  • 60 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan C:

  • 30 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh coffee emulco

Bahan D :

  • 30 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping’:

  • 200gm whipping cream/fresh cream
  • 20gm gula aising
  • 30gm Nutella

Bahan untuk lapisan:

  • 9 keping keju cheddar

CARA MEMASAK :

  1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas.  Tidak perlu di sapu mentega.
  2. Pukul bahan A hingga kembang
  3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata.
  6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata.
  7. Panaskan periuk kukusn, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit.
  8. Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek.  Kukus kan selama 15 minit.
  9. Setelah masak sejukkan kek.

Topping :

  1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
  2. Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
  3. Siap untuk di hiding.

Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm

Waktu memasak: 40 minit

Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak

INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.

8. KEK KUKUS GULUNG OPERA

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 200 gm putih telur
  • 80 gm gula kastor
  • 1 sudu teh ovalet

Bahan B

  • 65 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk badam
  • ¼ sudu kecil baking powder | diayak

Bahan C :

  • 25 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan topping/sapuan:

  • 200 gm whipping cream/fresh cream
  • 20gm gula aising
  • 40gm nutella

CARA MEMASAK :

Kek :

  • Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar segi empat 25sm x 25 sm dan di alas dengan kertas.  Tidak perlu di sapu mentega.
  • Pukul bahan Ahingga kembang
  • Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
  • Panaskan periuk kukus, tuang dan kukuskan kek selama 15 minit.
  • Setelah masak sejukkan kek.

Topping :

  1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
  2. Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
  3. Siap untuk di hidang.

Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm

Waktu memasak: 20 minit

Keistimewaan : Lebih rasa koko dan coklat nutella

INFO CHEF : Jangan kukus terlebih masa kerana ia akan menjadi terlalu padat.

9. KEK KUKUS KEJU COKLAT

 BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 3 biji telur
  • 260 gm gula kastor
  • ½ sudu teh ovalet

Bahan B:

  • 180 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk koko | diayak
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan C :

  • 1 cawan susu segar
  • 125 ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen Vanila

Bahan lapisan krim keju :

  • 250 gm krim keju
  • 20 gm gula aising
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK :

  1. Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar bersaiz 18 sm dan di alas dengan kertas.  Tidak perlu di sapu mentega.
  2. Pukul bahan A hingga kembang
  3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
  4. Kemudian masukkan minyak jagung ,akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan 1 bahagian kek selama 15 minit.
  7. Setelah masak keluarkan kek dan tuang adunan keju dan kukus lagi selamat 10
  8. Selepas 10 minit keluarkan loyang dan tuang baki sebahagian adunan. Kukuskan lagi selama 15 minit.
  9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di hiding.

 Krim keju keju :

  1. Pukul krim keju dan gula aising hingga lembut.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap.
  3. Sapukan di antara lapisan kek

Saiz hidangan: 1tin pembakar empat segi 18 sm x 18 sm

Waktu memasak: 20 minit

Keistimewaan : Kek coklat yang dilapiskan keju memang hebat rasanya

INFO CHEF : Pada pembuatan kek kukus, penggunaan ovalete seringkali diguna sebagai penstabil supaya kek kukus yang menggunakan teknik lapisan akan stabil bila dibiarkan lama di luar.

TERIMA KASIH : NORBAINI CAKES & GIFTS, 141, JALAN IKAN JELAWAT 11,KAMPUNG AMPANG CAMPURAN, AMPANG. FB : norbaini cakes