Lempeng… melempeng untuk sahur memang sedap sungguh…Eh ada ke istilah melempeng. Asyik lempeng kosong. Jom kita bagi berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih. Jadi ler Lempeng Bawang Putih.

Ni min kongsikan cara buat lempeng, buat adik-adik yang baru nak belajar buat lempeng. Asasnya sama macam lempeng kosong. Ni perkongsian resipi dan foto dari namakucella dari lamannya namakucell.blogspot.com.

LEMPENG BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu minyak
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 pokok daun bawang | dihiris

CARA MEMASAK :
1. Campur tepung,garam,air,telur,minyak dan bawang putih dalam mesin pengisar dan kisarkan hingga sebati.

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

2. Tuang dalam bekas & baru masukkan daun bawang hiris..biarkan 15 minit supaya tepung kembang dan lembut

IKLAN

3. Panaskan kuali dan sapu sikit aje minyak

*Hanya sapu minyak sekali sahaja, untuk seterusnya tak perlu sapu lagi.Jika kuali terlalu berminyak susah nak ratakan dengan belakang senduk, sebab lempeng licin dan tidak melekat di kuali.

*Kalau min suka guna majerin atau mentega, ikut citarasa tak suka guna minyak

4. Tuangkan sesenduk adunan lempeng tu.

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

IKLAN

5.Ratakan dengan belakang senduk hingga nipis.
* Kuali jangan terlalu panas, nanti lempeng tak cantik

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

6. Bila nampak permukaan kering terbalikkan

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

IKLAN

7. Terbalikkan sekejap , pastikan ia betul-betul kering.

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

8. Bentangkan permukaan yang licin ke bawah supaya bila gulung nanti nampak tompok daun bawangnya,.gulung longgar supaya nanti kuah dapat diserap

Langkah Masak Lempeng Bawang Putih ,Yang Sedap dan Mudah

Sedap makan panas-panas untuk sarapan. Hidang bersama kuah kari..@ sambal tumis @asam pedas @ kuah sardin

Kredit foto & resipi : namakucell.blogspot.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI