Sotong, antara seafood yang digemari ramai kerana rasanya yang sedap, mudah disedia dan sedap dimakan. Menariknya sotong boleh dipelbagai cara memasak dan menu ikut selera keluarga korang. Kepada penggemar sotong, berikut RASA kongsikan lapan resipi sotong yang mudah disdiakan dan
sedap rasanya:-

SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1/2 sudu makan minyak masak
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih | kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Panaskan pengukus.
3. Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
6. Sementara itu sediakan sos.
7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
11. Sotong sedia dihidangkan.

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
  • 200gm beras pulut susu | rendam
  • 150gm santan pekat campur 3 cawan air
  • 1 tin cendawan butang dalam tin 1 batang serai | titik
  • 1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
  • 1 cili hijau | belah dua
  • 1 cil merah | belah dua
  • 10 cili api sebiji-sebiji
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
    BAHAN KISAR
  • 1 batan serai
  • 4buah keras
  • 1/4 inci lengkuas
  • 1/4 inci halia
  • 1 bawang besar
  • 2 bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Asingkan kepala dan badan sotong
2. Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
3. Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
4. Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
5. Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
6. Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan
cili padi.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8.Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung
jagung).
9. Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
10. Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

SOTONG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | dihiris bulat
  • 6 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 3cm halia muda | dihiris memanjang
  • 15biji cili padi | dihiris
  • 2 batang serai |dihiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, di dalam kuali, masukkan sotong dan kacau.
2. Apabla sotong kecut angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumiskan bahan hirisan dan cincang hingga naik bau.
4. Masukkan sotong tadi, tambahkan sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.

IKLAN

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

SAMBAL SOTONG KERING BERKACANG:

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong kering |dikembangkan terlebih dahulu
  • 10 batang kacang panjang | dipotong 3cm
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis.

CARA MEMASAK:
1. Sotong kering yang telah dikembangkan, cuci kemudian hiris memanjang dan toskan.
2. Panaskan kuali, tmiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan pes cili kering tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan pula sotong, kacau lagi.
5. Apabila sotong sudah kecut, maskkan air asam jawa, garam dan gula secukupna.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat baru masukkan kacang panjang.
7. Setelah kacang panjang layu, angkat dan hidangkan.

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

GULAI SOTONG PADANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong saiz XL | bersihkan dan potong bulat
  • 500ml santan
  • 2 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit | disiat-siat dan simpul
  • 2.5 lengkuas |dititik
  • 2 batang serai | dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 2.5cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:
1. Panas minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan santan, kacau sehingga mereneh.
3. Tambahkan asam gelugor, daun salam,limau purut, kunyit, lengkuas dan serai titik.
4. Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Biarkan mereneh 2-3 minit lagi.
6. Tutup api dan hidangkan.

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg sotong saiz XXL | dibersihkan, potong bulat dan toskan
  • 500ml santan
  • Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 3cm halia | dihiris
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis bersama bahan hirisan dan titik
bersama daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari daging, ikan dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan sotong. Biarkan mereneh seketika.
4. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
5. Selepas 2-3 minit, tutup api dan hidangkan.

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong saiz XXL | dihiris bulat
  • 3 helai daun limau purut | dihiris kasar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1sudu makan air asam jawa
  • 4 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 2.5cm halia |dikisar kasar
  • 1 batang serai |dititik
  • 1biji bawang besar |dihiris bulat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong kemudian tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
3. Masukkan pula pes cili kering dan daun limau purut, kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Seterusnya, masukkan sotong dan air asam jawa, kacau lagi hingga sotong layu.
5. Akhir sekali, lengkapkan rasa dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Teringin Nak Makan Sotong, Ini 8 Koleksi Resipi Yang Jadi Pilihan Ramai.

SOTONG BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500 sotong saiz XL | dibersih dan toskan
  • 350ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga katan| dihiris menyerong
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan santan dan kacau rata sehingga kuah agak pekat.
3. Masukkan sotong, asam gelugor.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan reneh sehingga kuah pekat.
6. Masukkan hirisan bunga kantan, kacau seketika dan angkat.
7. Sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI