Untitled design (49)

Asyik makan nasi putih aje, sekali sekali jom makan sajian nasi istimewa ini. Olahan nasi dari Timur Tengah dan nasi warisan tempatan dengan segala rempah ratus memang terbaiklah.

Jom teliti aneka resipi dari Food Institute of Malaysia , hasil idea Rohayu Farhana Awang Kechik, Idanadira Isa dan Siti Khalilah Samsudin.

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

NASI BUKHARY UDANG MASALA

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Nasi Bukhary :

  • 400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam dan toskan
  • 1/2biji bawang Holland | dikisar
  • 6 ulas bawang putih | dikisar
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1helai daun salam
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 batang bunga cengkih
  • 1.5sm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji tomato | direbus dan dicincang
  • 2 sudu makan pes tomato
  • 2 sudu makan rempah Bukhari | siap dijual dalam paket
  • 4 batang cili hijau | dihiris
  • ½ barang lobak merah | dihiris halus
  • 450ml air rebusan ayam
  • 20gm bawang goreng
  • 10gm daun ketumbar | dihiris sebagai hiasan
  • 2 sudu makan air mawar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Udang Masala :

  • 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu besar makan minyak sapi @ghee
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 batang bunga cengkih
  • 1sm kulit kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • ½ biji bawang Holland | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 1/2sm halia | dikisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan garam masala
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan pes tomato
  • 2 biji tomato | dicincang
  • 100ml santan
  • 10gm daun ketumbar
  • 5biji tomato ceri
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Cara masak Nasi Bukhary:

  1. Rendamkan beras basmathi selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan 4 sekawan bersama daun salam.
  3. Kemudian tumiskan bahan kisar , rempah bukhari, pes tomato dan tomato yang dicincang sehingga wangi.
  4. Kacau sebentar dan masukkan hirisan lobak merah. Kemudian masukkan stok ayam, garam dan gula biarkan ia mendidih.
  5. Toskan beras basmathi yang telah direndam. Kemudian masukkan beras, bawang goreng, daun ketumbar, dan air mawar. Biarkan nasi masak dengan api yang sederhana.
  6. Apabila nasi telah masak hias dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar.

Cara masak udang masala :

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar bersama daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan garam masala, serbuk cili dan rempah beriani, tumis sehingga rempah masak.
  3. Kemudian masukkan tomato paste dan tomato yang telah dicincang dan udang yang telah dibersihkan.
  4. Masukkan juga air sikit demi sedikit untuk cairkan kuahnya. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Biarkan selama 10 minit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Udang masala siap dihidang bersama daun ketumbar dan tomato ceri. Sedap dimakan bersama Nasi Bukhary

Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Sajian Nasi dipercayai berasal dari Bukhara, Uzbekistan.
Keistimewaan : Rasa berempah dan berlemak dari rempah bukhary dan minyak sapi.
Anggaran Kos : RM 18

INFO CHEF: Nasi bukhary cukup lazat dihidangkan bersama udang masala. Selain itu ia juga boleh dihidangkan bersama lauk pauk daging dan ayam.

NASI MINYAK BADAM

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm beras basmathi | rendam 30 minit hingga sejam, toskan.
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1.5 sm kulit kayu manis
  • 50gm badam | disangai dan dikisar
  • 30gm kepingan badam | disangai
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 4 sm halia | dihiris
  • 450ml air
  • 50ml susu sejat
  • Garam secukup rasa
  • 20gm kismis
  • 10gm daun bawang
  • 10gm daun sup

CARA MEMASAK :

  1. Rendam beras basmathi selama 1 jam, kemudian toskan air.
  2. Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan serta daun pandan.
  3. Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.
  4. Biarkan seketika dan masukkan kacang badam yang telah di kisar dan diikuti dgn air serta susu sejat. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati.
  5. Masukkan beras yang telah ditoskan.
  6. Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 35minit dengan api sederhana.
  7. Sebelum dihidang taburkan bawang goreng, daun sup dan kepingan badam kemudian kacau rata dan tutup semula. Biarkan selama 5minit.
  8. Nasi sedia dihidang.

Saiz hidangan : 4- 5 oang
Masa Memasak :1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Nasi
Keistimewaan : Nasi minyak sedap dengan badam, baik untuk tumbesaran otak anak-anak.
Anggaran Kos : RM 15

INFO CHEF : Sangaikan badam hingga wangi dan kekuningan kerana akan menambahkan aroma kepada nasi.

NASI PANDAN BERSAMA AYAM MASAK MERAH

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN

Bahan nasi pandan :

  • 400gm beras basmathi | rendam 30minit hingga sejam dan toskan
  • 50ml air pandan | sedikit air dan daun pandan, kisar dan perah jus
  • 1biji bawang merah | dihiris
  • 6 ulas bawang putih | dihiris
  • ¼ inci halia | dihiris
  • 4 sudu makan marjerin
  • 400ml air
  • 50ml susu sejat
  • 2helai daun pandan
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1.5sm kulit kayu manis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan ayam masak merah :

  • 500gm ayam | dibersihkan dan dipotong lapan

*Diperap dengan satu sudu makan serbuk kunyit dan garam secukup rasa, digoreng

Bahan tumis masak merah :

  • 2 biji bawang besar | dikisar
  • 5ulas bawang merah | dikisar
  • 1batang serai | diketuk
  • 3sudu makan pes cili kering
  • 1helai daun pandan
  • 2sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • 1 sm kulit kayu manis
  • Daun bawang secukupnya | dihiris untuk hiasan
  • Bawang goreng secukupnya | untuk hiasan dan kelazatan
  • Kacang pis secukupnya | untuk hiasan

CARA MEMASAK :

Cara masak Nasi Pandan :

  1. Basuh bersih beras dan toskan air.
  2. Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis) serta daun pandan.
  3. Kemudian tumis bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga bau wangi dan sedikit garing.
  4. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kemudian masukkan air pandan. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup periuk dan biarkan nasi masak selama 45minit dengan api sederhana.
  6. Nasi sedia dihidang.

Cara masak Ayam Masak Merah :

  1. Untuk ayam goreng. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikt untuk menumis.
  3. Masukkan rempah empat sekawan, serai yang telah diketuk dan daun pandan.
  4. Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili dan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan cili sos dan tomato sos kemudian perisakan dengan garam dan gula. Kacau rata. Jika kuah terlalu pekat, letakkan sedikit air dan biar ia mendidih.
  6. Setelah cukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
  7. Hidangkan bersama kacang peas, bawang yang dipotong bulat, daun bawang serta bawang goreng

Saiz hidangan : 4- 5 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan tanak
Jenis Masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Warna hijau dengan aroma dan rasa bau pandan yang enak
Anggaran Kos : RM12.

Info Chef : Daun pandan perlu dicuci bersih-bersih sebelum dicampur sedikit air. Anda boleh juga merebusnya sebelum dikisar untuk mengeluarkan jus.

NASI BERINGIN SERAI

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 400gm beras basmathi sekurangnya sejam
  • 1 ulas bawang merah | dikisar halush
  • 7 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1.5 sm inci halia | dihiris halus
  • 6 batang serai | dihiris halus dan dikisar halus
  • 50gm rempah empat sekawan | campuran bunga lawang, pelaga, kayu manis dan cengkih
  • ½ sudu teh halba
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan majerin
  • 350ml air
  • 150ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan marjerin dan sedikit minyak masak di dalam periuk
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar halus, serai yang telah dihiris
  3. Kemudian masukkan serai yang telas dihiris halus bersama sama rempah empat sekawan dan biji halba, tumis sehingga wangi
  4. Masukkan beras ke dalam periuk, gaul rata kemudian masukkan air dan santan.
  5. Perasakan nasi dengan sedikit gula dan garam secukup rasa
  6. Masak selama 20 minit dengan api sederhana. Tudung rapat apabila air hampir kering, dan gaulkan nasi. Kecilkan api.
  7. Hidangkan dengan rendang

Saiz hidangan: 5-6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Makanan utama
Keistimewaan: Aroma wangi daripada serai ini sangat menyelerakan
Anggaran Kos: RM12

INFO CHEF: Aroma serai akan lebih naik jika separuh dikisar dan separuh dihiris halus.

NASI DAGING YEMEN DENGAN TELUR REBUS

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm beras basmathi | direndam selamas 30minit dan toskan
  • 1000ml air dan rempah empat sekawan | untuk merebus beras dengan sedikit garam
  • 6 sudu makan mentega atau minyak zaitun
  • 1 ulas bawang Holland | dikisar halus
  • 7 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1sm halia | dikisar halus
  • 1 sudu makan garam masala
  • 1 sudu makan jintan manis | ditumbuk halus
  • 1 sudu makan jintan putih | ditumbuk halus
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 50gm daging batang pinang | dipotong dadu
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • 2 sudu teh pelaga
  • 350ml yogurt
  • 50ml air saffron
  • 20gm kismis kuning
  • 20gm daun ketumbar | dihiris
  • 3 biji cili hijau besar | dihiris serong
  • 4 biji telur rebus
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
Menyediakan beras :

  1. Bersihkan beras dan tos
  2. Masukkan air didalam pot bersama rempah empat sekawan dan juga air saffron sehingga mendidih panas
  3. Masukkan beras ke dalam periuk, biarkan rebus selama 3 minit
  4. Setelah tiga minit, toskan beras.

Bahan tumisan dan rempah:
1. Sementara menunggu beras direbus, panaskan minyak di dalam periuk,
2. Tumiskan yang telah dikisar halus sehingga sedikit garing
3. Kemudian masukkan semua rempah dan tumis sehingga wangi
4. Masukkan daging batang pinang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa .Masukkan sedikit air utk mereneh
daging.

5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan
6. Tabur kismis,daun ketumbar dan cili hijau yang telah dipotong di atas beras
7. Tutup periuk masak selama 20 minit sehingga masak dengan api perlahan, kemudian letakkan telur rebus pada 5 minit terakhir.

Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Nasi dari Timur Tengah Yemen
Keistimewaan: Nasi ini sedap juga dimakan begitu sahaja dengan telur rebus
Anggaran Kos: RM18

INFO CHEF: Kurangkan kekerapan mengaul nasi bagi mengelakkan nasi hancur atau patah

NASI TURKI KAMBING

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm beras basmathi | direndam sekurang-kurangnya 30 minit dan toskan
  • 2 helai daun salam
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1.5sm kulit kayu manis
  • 1000ml air
  • 4 sudu makan mentega atau minyak zaitun
  • 1 ulas bawang Holland | dikisar halus
  • 7 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1.2 sm halia | dikisar halus
  • 2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh biji lada putih
  • 20 biji tomato ceri
  • ½ batang lobak merah | dipotong dadu
  • 1 biji kentang | dipotong dadu
  • 3 sudu makan yogurt
  • 300gm daging kambing | dipotong kiub
  • 2 sudu makan kismis
  • 2 sudu makan kacang pis
  • Daun Ketumbar secukupnya | dihiris
  • Bawang goreng secukupnya | untuk ditabur
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :
Menyediakan beras :
1.Bersihkan beras dan tos
2.Masukkan air di dalam pot bersama sama 4 sekawan, sehingga mendidih panas
3. Masukkan beras ke dalam periuk, biar kan rebus selama 3 minit
4.Setelah 3 minit, toskan beras.

Bahan tumisan dan rempah:
1. Nyalakan api sederhana, letakkan minyak sapi di dalam periuk
2. Kemudian,tumiskan halia, bawang holland ,bawang putih yang telah dikisar halus sehingga garing
3. Masukkan serbuk jintan putih,biji lada putih, tumis sehingga wangi
4. Selepas itu masukkan daging kambing, lobak dan kentang dipotong dadu, kacau rata dan masukkan yogurt, biarkan kambing mereneh seketika hingga empuk
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan beras yang telah direbus ke dalam periuk, ratakan beras didalam periuk.
7. Tutup periuk reneh selama 30 minit biarkan di atas api perlahan sehingga masak
8. Akhir sekali, taburkan kismis, kacang pis, daun ketumbar dan bawang goreng, tutup semula dan biarkan masak selama 5 minit

Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 1 jam
Cara Memasak: Tumis dan reneh, tanak
Jenis Masakan: Sajian Nasi dari Turki
Keistimewaan: Nasi ini kaya dengan sayur-sayuran.
Anggaran Kos: RM35

INFO CHEF: Perapkan daging bersama garam dan serbuk bawang putih.

NASI BERIANI BERSAMA AYAM BAKAR YOGURT

7 Sajian Nasi Boleh Dihidang Bila Masa Pun. Hujung Minggu Nanti Bolehlah Cuba.
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan Nasi Beriani:

  • 400gm beras basmathi

Bahan untuk merebus beras :

  • 2 helai daun salam
  • 3-4 biji pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 batang bunga cengkih
  • 1000ml air
  • 3 sudu makan minyak sapi @ ghee
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 4-5 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1 sm halia | dihiris halus
  • 1 biji tomato | dicincang halus
  • 3 sudu makan rempah beriani
  • 3 sudu makan yogurt
  • 100ml air rebusan ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji cili hijau
  • 50gm kacang gajus | disangai
  • 50gm kismis | digoreng
  • 50ml air saffron
  • 2 sudu teh air mawar
  • Daun ketumbar secukupnya | dihiris
  • Daun pudina secukupnya | dihiris
  • Bawang goreng secukupnya

Bahan ayam yogurt :

Bahan perapan :

  • 500gm ayam | separuh ekor
  • 1 ulas bawang merah | dikisar
  • 7 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • 1 sm halia | ditumbuk halus
  • 1 sudu makan garam masala
  • ½ sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 5 sudu makan yogurt
  • 2 sudu makan perahan lemon
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar

Bahan tabur/ hiasan :

  • 3 helai daun salad
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 biji limau nipis
  • 1 biji bawang Holland | hiris
  • 2 tangkai daun pudina | dihiris

CARA MEMASAK :
Cara masak nasi beriani :

  1. Didihkan air bersama rempah empat sekawan dan daun salam dan sedikit garam. Rebus beras selama 3-4 minit hingga beras separuh masak.
  2. Di dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan daun kari dan daun pandan, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan rempah beriani dan juga tomato yang dicincang.
  4. Masukkan air rebusan ayam dan juga yogurt perasakan dengan garam dan gula. Biarkan rempah kering sedikit
  5. Masukkan beras yang sudah direbus dan ditoskan tadi, ratakan beras.
  6. Letakkan air saffron, air mawar, cili hijau, daun ketumbar, daun pudina, dan bawang goreng di atas nasi tadi.
  7. Tutup periuk, perlahankan api biar selama 20-30 minit hingga nasi masak sempurna.
  8. Akhir sekali setelah nasi masak sempurna baru mula menggaul dan taburkan dengan kacang gajus dan kismis.

Cara masak ayam yogurt :

  1. Perapkan ayam bersama sama bahan perapan di atas
  2. Kemudian simpan ayam di dalam peti ais semalaman
  3. Bakar di dalam oven pada suhu 170 celcius, 20 – 25 minit
  4. Hidangkan ayam bersama bahan hiasan salad, cili hijau, limau nipis dan daun pudina.

Saiz hidangan: 6 orang
Masa Memasak: 45 min
Cara Memasak: Rebus, tumis dan reneh
Jenis Masakan: Sajian nasi
Keistimewaan: Sedap dihidangkan bersama ayam yogurt
Anggaran Kos: RM25 untuk nasi

Info chef: Jika suka boleh di masukkan ayam atau daging ke dalam rempah biryani

RESIPI : ROHAYU FARHANA AWANG KECHIK, IDANADIRA ISA DAN SITI KHALILAH SAMSUDIN

Terima kasih : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA, 41-51,, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor. http://www.fim.edu.my/diploma.htm

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI