Teringin nak masak tumis macam makan kat hotel atau restoran ternama? Seemuanya tak mustahil kerana kena cara dan tekniknya, masak takda masalah nak masak Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak. Hasilnya mesti macam chef pro. Kalau korang anak cuba ini ada enam resipi nasi yang senanag nak buat.

NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi | rendam 30 minit, tos
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan puro tomato
  • 3 sudu minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

 BAHAN HIRIS:

  • 3cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

 BAHAN PENUMIS:

  • 4 kuntum bunya cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan puri tomato, air, susu cair, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  3. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
  4. Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.

NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi | rendam 30 minit & toskan
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu mentega
  • 1biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 1/2cawan kismis | goreng
  • Garam secukup rasa

Rempah Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan beras yang telah direndam tadi, kacau rata. Masukkan air dan susu cair serta serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  3. Biarkan seketika tutup periuk dan biarkan masak lebih kurang 20 minit.
  4. Sebelum angkat masukkan kismis yang telah digoreng menggunakan mentega.
  5. Kacau rata, dan tutup semula. Biarkan dalam 5 minit lagi.
  6. Nasi sedia dihidangkan bersama

 

NASI HUJAN PANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg berasa bahmati | rendam 30 minit dan toskan
  • 1liter air
  • 200ml susu cair
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIRISAN:

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan cairkan mentega dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan penumis dan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan beras, air, susu dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan dalam periuk elektrik dan masak seperti nasi biasa.
  4. Bila air nasi sudah kering dan hampir masak. titiskan pewarna merah, hijau dan kuning. Biarkan seketika.
  5. Apabila nasi sudah masak gemburkan nasi untuk memberikan nasi dengan warna warni.

NASI JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2cawan krim jagung dalam tin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS:

  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia

BAHAN PENUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan hiris dan rempah penumis hingga naik bau.
  2. Masukkan susu dan air serta garam secukup rasa.
  3. Biarkan mendidih. Masukkan beras , jagung dank rim jagung.
  4. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Tutup periuk nasi dan masak seperti biasa.
  6. Masak hingga air kering.

NASI SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos
  • 1 liter air
  • 6 batang serai |hiris
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 cawan bawang goreng
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRIS:

  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia

BAHAN PENUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk nasi, tumiskan bahan penumis dan bahan hirisan hingga wangi.
  2. Masukkan daun pandan, sedai, air , serbuk pati ayam dan garam.
  3. Bila air mendidih masukkan beras.
  4. Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.
  5. Bila nasi masak taburkan bawang goreng .
  6. Nasi sedia dihidangkan.

 

NASI DALCA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi |rendam 30 minit, tos
  • 1 liter air
  • 3sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2helai daun pandan
  • 1sudu makan serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS:

  • 1biji bawang besar
  • 2ulas bawang putih hiris
  • 3cm halia

BAHAN PENUMIS:

  • 6kuntum bunga cengkih
  • 2batang kayu manis
  • 4biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi dan tumis bahan hirisan bersama rempah penumis hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, daun pandan, garam, serbuk pati ayam, dan beras.
  3. Kacau rata dan tutup periuk, masak nasi seperti masak nasi biasa.
  4. Apabila masak, nasi sedia dinikmati.